Pembeli Di Shopee Tidak Boleh Pilih Jenis Perkhidmatan Kurier Lagi Mulai 17 Jun 2021

Platform pembelian secara online yang terkenal di dunia, Shopee telah memaklumkan bahawa bermula 17 Jun 2021, para pengguna Shopee tidak lagi dibenarkan untuk memilih syarikat kurier penghantaran semasa melakukan pembelian seperti yang boleh dilakukan sehingga kini.

Bagi meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik, sistem Shopee akan memberikan perkhidmatan kurier secara automatik bagi setiap pembelian pelanggan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut perubahan pilihan kurier Shopee selepas ini.

PAPARAN TERKINI & MULAI 17 JUN

Berikut adalah perbezaan antara paparan terkini di Shopee dan mulai 17 Jun 2021:

Sebelum ini pembeli bebas memilih mana-mana syarikat kurier yang menawarkan harga yang berbeza. Mulai 17 Jun, pembeli akan diberikan pilihan dari segi jenis penghantaran:

  • Standard Delivery
  • Economy Delivery
  • Lain-lain

PERBEZAAN SETIAP JENIS PENGHANTARAN

  • Standard Delivery:
    Terdiri daripada penyedia logistik seperti Shopee Xpress, Pos Laju, DHL, J&T, Ninjavan, Citylink Express dan The Lorry
  • Economy Delivery:
    Hanya diuruskan Shopee Xpress (Sea Shipping)
  • Lain-lain
    Diuruskan oleh mana-mana penyedia logistik selain yang dimaklumkan.

SISTEM TERKINI & MULAI 17 JUN 2021

Sistem pemilihan akan berubah seperti berikut:

MANFAAT JENIS PERKHIDMATAN STANDARD

Antara manfaat daripada penggunaan sistem baharu dalam penghantaran ini adalah:

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma