Penting Untuk Periksa Rekod Pasangan Anda Sebelum Kahwin! Gunakan Cara ini
Pasangan yang hangat bercinta pastinya berniat untuk mengakhirinya dengan mendirikan rumah tangga. Namun, perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dianggap perkara kecil.
Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan anda, banyak perkara yang perlu anda fikirkan terlebih dahulu sebelum memulakan langkah. Walaupun sudah lama berkenalan dengan pasangan anda, namun hakikatnya bukan semua perkara tentang mereka anda tahu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk daptkan cara-cara mengetahui sama ada pasangan anda pernah memiliki rekod perkahwinan dan sebagainya melalui portal rasmi e-syariah.
Layari : Portal Rasmi E-syariah
Isi Kandungan
1. Klik Bahagian ‘Semak Status Kes’
Selepas anda membuka postal rasmi e-syariah, anda pergi ke bahagian semak status kes untuk semakan kes pasangan anda.
2. Pilih Pilihan Jawapan Berikut
Seterusnya, dalam bahagian semak status kes, pilih kategori kes yang anda ingin tahu di dalam kotak yang dibulatkan dalam gambar dibawah.
3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
Akhir sekali masukkan nombor kad pengenalan pasangan anda dan hantar semakan anda. Anda akan dapat keputusan semakan serta merta selepas hantar.
Langkah-langkah ini sangat membantu untuk pasangan yang sedang dalam perancangan untuk berkahwin. Selepas periksa, fikir sebaik-baiknya sebelum merancang untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya.
Lebih baik tahu baik dan buruk pasangan anda daripada sekarang, jangan sudah terhantuk baru nak tergadah. Banyak lagi hal-hal berkaitan perkahwinan yang boleh disemak di laman web ini. Anda boleh terus ke portal rasmi e-syariah.