Tarikh & Kaedah Pergerakan Pulang Murid Asrama Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2021
Sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan kenyataan berkenan pergerakan pelajar IPT pulang ke rumah masing-masing sempena sambutan raya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memaklumkan bahawa murid di asrama sekolah/ Kolej Tingkatan Enam (KTE)/ Kolej Vokasional (KV) dibenarkan untuk pulang sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2021.
Pergerakan murid asrama pulang ke rumah masing-masing adalah secara berperingkat mengikut tarikh yang ditetapkan dan menerusi kaedah yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pergerakan pulang murid asrama sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2021.
Isi Kandungan
TARIKH PERGERAKAN PULANG
Pergerakan Pulang Ke Rumah
Pergerakan pelajar pulang ke rumah adalah secara berperingkat mulai:
- Mulai 6 Mei 2021 (Khamis) bagi kumpulan A
(Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) - Mulai 7 Mei 2021 (Jumaat) bagi Kumpulan B
(Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Pihak sekolah/ KTE/KV akan memaklumkan jadual pergerakan pulang murid kepada ibu bapa penjaga.
Pergerakan Pulang Ke Asrama Semula
Seperti mana yang telah diumumkan oleh KPM, pelajar perlu kembali ke asrama selepas sambutan raya SEBELUM atau PADA:
- 12 Jun (Sabtu) bagi Kumpulan A
- 13 Jun (Ahad) bagi Kumpulan B
KAEDAH PERGERAKAN PULANG
KPM telah memutuskan bahawa murid dibenarkan pulang melalui kaedah berikut:
- Menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah
- Dijemput oleh ibu bapa/penjaga
- Menggunakan pengangkutan udara atau air (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)
- Menggunakan kenderaan sendiri (hanya untuk pelajar Tingkatan Enam dan pelajar KV)
Sekiranya ibu bapa/ penjaga menjemput anak/anak jagaan mereka, surat pengesahan bagi tujuan pergerakan ibu bapa/penjaga merentas negeri/zon akan dikeluarkan oleh pihak sekolah/ KTE/KV bagi setiap murid. Kebenaran ini adalah untuk 2 orang ibu bapa/penjaga sahaja dalam setiap kenderaan.
SOP PERGERAKAN PULANG
Merujuk SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara:
- Murid yang sedang dalam tempoh kuarantin perlu kekal berada di asrama sehingga tamat tempoh kuarantin
- Murid yang asramanya berada di kawasan PKPD perlu kekal di asrama sehingga tamat tempoh PKPD
KPM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 sebagai rujukan kepada pihak sekolah/ KTE? KV dan ibu bapa/penjaga. Garis panduan ini turut terpakai kepada Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM. Garis panduan ini boleh dimuat turun di laman sesawang https://www.moe.gov.my.