Perbezaan Antara SPP, SPA dan JPA Yang Calon Temuduga Kerajaan Kena Tahu
Pernah terfikir tak apa perbezaan antara Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)?
Jika anda mohon kerja kerajaan jangan terkejut ya jika tiba-tiba anda ditanya tentang perbezaan ketiga-tiga ini kerana soalan ini agak famous.
Jadi, pastikan anda ambil tahu perbezaan SPP, SPA dan JPA ya! Walaupun nampak sama, tetapi sebenarnya tugas SPP, SPA dan JPA adalah berbeza,
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perbezaan antara SPP, SPA dan JPA.
Isi Kandungan
PERBEZAAN ANTARA SPP, SPA & JPA
Berikut adalah beberapa perbezaan antara SPP, SPA dan JPA yang anda perlu ambil tahu:
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
Suruhanjaya bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :
- Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pendidikan
Antara 3 jenis jawatan ditawarkan di bawah SPP adalah:
- Guru
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - Pensyarah
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
– Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19
– Penyelia Asrama Gred N19
– Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
– Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
– Pembantu Makmal Gred C19
– Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
– Pembantu Operasi Gred N11
– Pemandu Kenderaan Gred H11
Permohonan jawatan yang ditawarkan oleh SPP boleh dibuat melalui laman permohonan disediakan iaitu MySPP. Anda boleh rujuk panduan pendaftaran dan mohon jawatan di MySPP di sini:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu.
Fungsi SPA Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan meliputi perkara-perkara berikut:
- Melantik
- Mengesahkan dalam perkhidmatan
- Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
- Menaikkan pangkat
- Menukar
- Menjalankan kawalan tatatertib
Tugas SPA ini melantik penjawat awam kecuali dalam bidang pendidikan. Pengambilan pelbagai jawatan di bawah semua kementerian/ jabatan adalah melalui SPA. Sama seperti SPP, kelayakan untuk mohon jawatan di bawah SPA adalah bermula dari PMR hingga ke PhD.
Permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) boleh dibuat melalui laman SPA9. Anda boleh rujuk panduan pendaftaran dan permohonan jawatan di SPA9 di pautan berikut:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
JPA ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata lain, JPA ni HR (Human Resources).
Antara fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah:
a) Perancangan
- Menentukan peranan sektor awam
- Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam
- Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia
- Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan
- Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam
- Membangunkan strategic alliances and networking
b) Pembangunan
- Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi
- Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya
- Pembangunan Laluan Kerjaya
- Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian
- Menentukan Dasar Latihan
c) Pengurusan
- Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber manusia
- Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan
- Menguruskan pemantauan dasar
- Menguruskan penilaian dasar
Jika nak bekerja dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, anda boleh mohon melalui SPA.
Dah jelas dengan perbezaan-perbezaan SPP, SPA dan JPA ini? Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu orang ramai terutamanya calon yang bakal duduki temuduga kerja kerajaan nanti.