Perbezaan Antara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DH41 & DG41
Nampak sama, tetapi ramai graduan yang masih tidak tahu membezakan antara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DH41 dan DG41. Kedua-dua gred jawatan ini adalah bagi seorang tenaga pengajar. Namun macam mana nak bezakannya?
Untuk makluman anda, gred DG adalah untuk perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan manaka gred DH adalah untuk Pendidikan Pengajian Tinggi.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perbezaan antara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan Dh41.
Dah faham anda boleh terus apply kekosongan jawatan yang ditawarkan melalui pautan berikut Panduan Lengkap Memohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH47, DH41, dan DH29 di Semenanjung Tahun 2024
Isi Kandungan
PERBEZAAN ANTARA PPP DG41 & DH41
Untuk makluman anda, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 adalah untuk:
- guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
manakala Gred DH41 adalah untuk:
- pensyarah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
- Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Kementerian/ Jabatan: Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Professional
Antara syarat kelayakan umum bagi menjawat jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 adalah:
- ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau - ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau - ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
Semak syarat kelayakan dan info lanjut berkenaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di laman web https://www.spa.gov.my/
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41
- Jawatan: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
- Kementerian/ Jabatan: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Professional
Antara syarat kelayakan umum bagi menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi adalah:
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,120.73); atau [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
- ijazah sarjana muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
Apply Permohonan Jawatan Sebagai Pendidik di Institusi Pendidikan MARA Seluruh Malaysia Kini Di Buka
Semak syarat kelayakan dan info lanjut berkenaan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di laman web https://www.spp.gov.my/.
Semoga bermanfaat!