Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 197 Tahun 2023 Guna SPM/SVM/STPM/Diploma

Peluang kerjaya dalam Tentera Darat, Pengambilan Perajurit Muda Lelaki Siri 197 tahun 2023 kini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan menepati syarat yang telah ditetapkan dan berminat untuk menceburi profesion ketenteraan.

Bagi yang berminat, pastikan anda buat permohonan secara atas talian bagi kemasukan Siri 197 tahun 2023 selewat-lewatnya 31 Disember 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan yang perlu dipenuhi dan cara membuat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi pengambilan Perajurit Muda Lelaki Siri 197 tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 13 hingga 31 Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang ingin membuat permohonan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

Kelayakan Akademik:

  • Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
    – Bahasa Melayu
    – Bahasa Inggeris
    – Sains
    – Matematik
    – Sejarah
  • Kelayakan tambahan:
    – Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
    – Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
    – Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing

Kelayakan Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022.
  • Taraf Perkahwinan Lelaki Bujang/Kahwin/Duda.
  • Penglihatan
    – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    – Tidak rabun warna.
  • Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Kelayakan Tambahan

  • Tinggi Minimum : 1.62m (lelaki). 1.57 (perempuan)
  • Berat Minimum: 47.5 kg (lelaki). 45.0 kg (perempuan)
  • Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 cm (lelaki).
  • Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 26.0.

UJIAN PEMILIHAN AKHIR

Hanya calon yang layak akan disenarai pendek untuk menghadiri ujian pemilihan akhir yang meliputi:

Pemeriksaan Kesihatan

  • Ujian Kecergasan
    – Larian 2.4km – 14 minit
    – Tekan tubi – 40 kali
    – Bangkit tubi – 45 kali
  • Ujian Bertulis
    – Ujian kecergasan Akal (IQ)
    – Ujian psikologi
    – Ujian Fardhu Ain dan Bacaan Al-Quran

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon perlu muat naik dokumen berikut untuk buat permohonan:

  • Kad Pengenalan.
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil SPM/STPM/STAM/SKM.
  • Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang menduduki SPM 2019 sahaja.
  • Sijil SVM bersama transkrip.
  • Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan  Malaysia.
  • Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Sijil Berhenti Sekolah.
  • Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan).
  • Kad Pengenalan ibu bapa.
  • Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga  terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin).
  • Gambar terkini berukuran passport.
  • Pemohon mestilah mempunyai email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

CARA MEMOHON

Permohonan adalah secara atas talian. Calon diminta isi butiran di pautan yang disediakan dengan lengkap. Sila isikan permohonan online menggunakan HURUF BESAR sahaja. Layari pautan berikut untuk isi permohonan secara online:

Dokumen hendaklah dimuatnaik dalam bentuk PDF atau gambar mesti dalam format PDF. Pastikan fail yang dimuatnaik dinamakan dengan nama anda mengikut dokumen. Sekiranya calon gagal memuat naik dokumen yang diminta, permohonan akan dibatalkan.

Sebelum anda ‘HANTAR/SUBMIT’ permohonan ini, sila semak semula maklumat yang diisi adalah betul. Hanya calon yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) sahaja akan dipanggil menghadiri sesi Pemilihan Akhir.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat seperti berikut:

  • Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
    Cawangan Sumber Manusia
    Markas Tentera Darat 2
    Wisma Pertahanan
    Jalan Padang Tembak
    50634 KUALA LUMPUR
  • (Tel: 03-2071 2188/4258/4254)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma