Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) KPM Sesi 1 Tahun 2022 Dibuka
Khas buat Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang masih belum disahkan jawatan. Untuk makluman anda permohonan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2022 bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 akan dibuka mulai 6 Disember 2021.
Calon lantikan baharu/ mengulang yang masih belum disahkan jawatan perlu membuat pendaftaran permohonan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) KPM bagi sesi 1 tahun 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Awam KPM dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) KPM Sesi 1 Tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Tarikh permohonan: 6 Disember – 31 Disember 2021
Permohonan Sesi 1 Tahun 2022 dibuka kepada:
- Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 yang masih belum disahkan jawatan
CARA BUAT PERMOHONAN
Calon lantikan baharu/ mengulang perlu membuat pendaftaran permohonan melalui laman sesawang berikut:
Mulai Disember 2020, Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam atau dikenali sebagai SISPPA telah ditambahbaik kepada SISPPA 2.0.
Calon Baharu
- Pada portal SISPPA, klik pautan Daftar
- Masukkan nombor kad pengenalan anda. Sekiranya tertera mesej “Tiada Data” mohon hubungi pentadbir sistem melalui emel dengan memberi maklumat yang lengkap iaitu:
i) Nama penuh
ii) Nombor Kad Pengenalan
iii) Jawatan - Senarai nama pentadbir sistem boleh didapati di bahagian Hubungi Kami di laman sesawang SISPPA
Calon Lama Yang Berdaftar
- Pada portal SISPPA, klik pautan Log Masuk
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sama seperti yang digunakan pada SISPPA 1.0 tanpa perlu mengisi ruang emel
- Sistem akan menyatakan bahawa calon perlu menukar kata laluan yang baharu. Calon kemudian boleh log masuk dalam sistem semula dengan menggunakan kata laluan yang baharu
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan permohonan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) KPM, anda boleh hubungi Unit Peperiksaan Perkhidmatan Cawangan Latihan dan Kompetensi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM di talian berikut:
- Emel: sisppa@moe.gov.my
- Tel: 03 8884 7820/ 7699