Tawaran Menjadi Peserta Hijrah Asnaf Tanaman, Terima Tapak Projek & Modal Permulaan
Adakah anda seorang usahawan Agrotani yang menggunakan sistem Hidroponik atau fertigasi? Lembaga Zakat Negeri Kedah mempelawa usahawan Agrotani yang berkelayakan dan berminat untuk menjadi peserta Hijrah Asnaf Tanaman dan terima pelbagai kemudahan yang disediakan.
Keutamaan penyertaakn akan diberikan kepada calon daripada kawasan Merbau Pulas dan sekitar. Sekiranya berminat, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online di pautan disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan adalah dibuka sehingga tarikh tutup berikut:
- Tarikh tutup: 25 Disember 2022
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Antara kemudahan disediakan kepada peserta Hijrah Asnaf Tanaman adalah:
- Tapak Projek Daerah Kulim
- Modal Permulaan
- Modul & Teknik
- Bimbingan oleh Pakar Agrotani
- Produk & Pembeli
- Elaun Sementara Menunggu Hasil
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Keluarga dari kumpulan asnaf
- Belia negeri Kedah
- Berumur 18 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan
- Berminat dalam bidang yang di pohon
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat nak jadi peserta Hijrah Asnah Tanaman dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan penyertaan Hijrah Asnaf Tanaman, anda boleh hubungi Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK di talian 019 465 4225.