Tarikh Pelaksanaan PKSK & Kemasukan Ke MRSM/ SBP/ Sekolah Khusus 2023

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point. Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah khusus.

Ibu bapa yang dah buat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus boleh semak tarikh penting pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus tahun 2023.

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khsus bagi tahun semasa secara dalam talian.

Sekolah Khsus adalah terdiri daripada:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

TARIKH PENTING PKSK & KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS 2023

Tingkatan 1

  • Permohonan atas talian – 30/9/2022 hingga 30/11/2022
  • Semakan Pusat PKSK – 15/12/2022 hingga 2/2/2023
  • Pelaksanaan PKSK – 6/2/2023 hingga 16/2/2023
  • Keputusan Tawaran – 24/3/2023 hingga 10/4/2023
  • Pendaftaran – AKAN DIKEMASKINI
  • Rayuan – 24/3/2023 hingga 10/4/2023

Tingkatan 4

  • Permohonan atas talian – 30/9/2022 hingga 30/11/2022
  • Semakan Pusat PKSK – 15/12/2022 hingga 16/2/2023
  • Pelaksanaan PKSK – 25/1/2023 hingga 3/2/2023
  • Keputusan Tawaran – 24/3/2023 hingga 10/4/2023
  • Pendaftaran – AKAN DIKEMASKINI
  • Rayuan – 24/3/2023 hingga 10/4/2023

FORMAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) meliputi beberapa bahagian berikut:

  • Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Bahagian B – Kecerdasan Intelek (70%)
  • Bahagian C – Artikulasi Penulisan (10%)

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan 4 boleh dibuat dalam sistem pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

PERSEDIAAN PKSK

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma