Penjelasan CEO KWSP Mengenai i-Sinar: Tiada Dokumen Juga Boleh Mohon i-Sinar

Pengumuman terbaharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang diperluaskan kepada lapan juta ahli yang layak Rabu lepas dilihat memberi harapan baharu kepada rakyat Malaysia khususnya yang benar-benar terjejas selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Namun masih ramai yang keliru dengan kriteria yang ditetapkan dan ada juga yang bersuara mengenai ketiadaan dokumen sokongan untuk buat permohonan.

Bagi menghilangkan kegelisahan dan tanda tanya Ahli KWSP, Tunku Alizakri Alias, CEO KWSP telah memberi sedikit penjelasan berkaitan isu ini.

PENJELASAN CEO KWSP: ISU KRITERIA KELAYAKAN

Sebelum ini, pihak KWSP telah memaklumkan bahawa kriteria kelayakan KWSP bagi kategori 1 dan 2 adalah seperti berikut:

Namun menurut penjelasan yang telah dilakukan baru-baru ini, CEO KWSP telah memaklumkan bahawa kriteria yang diumumkan tersebut hanyalah sekadar KRITERIA, bukannya syarat. Individu yang memenuhi kriteria berikut akan AUTOMATIK mendapat kelulusan:

  • Tiada caruman selama 2 bulan pada masa permohonan
  • Mengalami potongan gaji pokok sekurang-kurangnya 30% dan ke atas

TIADA DOKUMEN JUGA BOLEH MOHON i-SINAR

Menurut penjelasan CEO KWSP, individu yang betul-betul mengalami pendapatan terjejas masih boleh memohon i-Sinar walaupun tiada dokumen sokongan seperti yang ditetapkan sebelum ini. Namun bagi individu yang mengalami masalah ini perlu:

  • Hadir ke cawangan KWSP berdekatan untuk perbincangan
  • Terbuka untuk bincang dan meneliti keadaan semasa
  • Jelaskan keadaan atau situasi yang melayakkan pemohon mendapatkan bantuan i-Sinar

Menurutnya lagi, pembayaran bagi pemohon yang benar-benar layak dan menenuhi syarat kelayakan akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Ketahui: Jumlah Pengeluaran i-Sinar Yang Dibenarkan Berdasarkan Baki Simpanan Akaun 1 KWSP

MOHON I-SINAR KWSP

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma