ASNB Ingatkan Pelabur Untuk Waspada Dengan Skim Pelaburan Palsu Ini, Ramai Dah Terkena

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman facebooknya telah memaklumkan terdapat entiti klon yang menggunakan nama ‘Pelaburan Saham Malaysia’ di laman media sosial dikenalpasti sebagai skim pelaburan tidak sah. Helah ini digunakan untuk memperdaya orang ramai terutama pelabur ASNB,

Scammer atau penipuan secara online ini sentiasa bijak mencari peluang untuk “merompak wang ” mangsa dengan pelbagai cara secara atas talian. Jadi kita sebagai pengguna mestilah bijak dalam berurusan, jangan sampai terkena dan jadi mangsa seterusnya!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahukk helah penipuan yang digunakan untuk memperdaya pelabur ASNB dan bagaimana orang ramai boleh waspada dengan penipuan ini.

HELAH SKIM PELABURAN PALSU

Amanah Saham Nasional Berhad memberi peringatan kepada orang ramai agar wapada dengan Skim Pelaburan Palsu yang menggunakan helah untuk memperdaya orang ramai seperti berikut:

  • Entiti klon yang menggunakan nama “Pelaburan Saham Malaysia” di laman media sosial dikenalpasti sebagai skim pelaburan tidak sah
  • Entiti klon ini menyalahgunakan nama dan logo Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan menjanjikan pelaburan pulangan tinggi dalam masa yang singkat

NASIHAT ASNB UNTUK PELABUR WASPADA

ASNB menasihatkan pelabur untuk sentiasa berwaspada dengan setiap urusan yang dilakukan. Pastikan anda:

  • Semak status pelesenan syarikat/ individu
  • Pastikan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum melabur
  • Rujuk platform rasmi ASNB atau ejen-ejen yang sah melalui laman web dan media sosial untuk sebarang maklumat berkaitan promosi dan produk
  • Hubungi talian yang tepat jika ada keraguan
  • Pastikan anda tidak mendedahkan maklumat peribadi termasuk maklumat akaun bank

Orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dalam membuka atau memberi maklumat dalam apa jua keadaan yang mencurigakan.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma