Penipuan Sewa Rumah, Ini Tanda Awal Anda Bakal Ditipu Tuan Rumah Sewa Baru Anda

Zaman sekarang tidak kira dalam urusan apa pun pasti ada juga individu yang tidak bertanggungjawab melakukan penipuan demi untuk merompak duit orang secara diam-diam. Sama seperti isu penipuan rumah sewa ini. Banyak sebenarnya kes penipuan sewa rumah kalau anda ingin tahu.

Penipuan Sewa Rumah, Ini Tanda Awal Anda Bakal Ditipu Tuan Rumah Sewa Baru Anda

Awas, jika anda ingin mencari rumah sewa secara online pastikan anda tidak tertipu. Tidak kisah la kalau nak cari bilik sewa atau rumah sewa, ketahui beberapa tanda awal anda bakal ditipu tuan rumah sewa baru anda.

Macam mana nak tahu tuan rumah anda menipu? Ikuti perkongsian di bawah.

TANDA AWAL ANDA BAKAL DITIPU TUAN RUMAH SEWA BARU ANDA

1) Gambar Sedikit & Tidak Menarik

Penipuan Sewa Rumah, Ini Tanda Awal Anda Bakal Ditipu Tuan Rumah Sewa Baru Anda

Tuan rumah yang betul-betul memiliki rumah untuk disewakan pastinya akan letak gambar yang jelas berkeping-keping. Kalau boleh setiap sudut dia nak masukkan gambar.

Kalau anda jumpa iklan rumah sewa dengan gambar hanya sekeping dua dan gambarnya pula blur serta mencurigakan, pastikan anda berhati-hati. Kalau tengok iklan pun dah was-was, lupakan saja niat nak hubungi tuan rumah itu.

2) Harga Sewa Terlampau Murah

Jangan mudah terpedaya dengan harga yang murah, unit pula menarik. Dalam erti lainnya, rumah tidak sesuai dengan harga. Jangan gopoh-gopoh jika nampak harga rumah murah. Mungkin itu salah satu taktik penipu untuk pancing orang bayar deposit untuk pastikan orang lain tidak ambil dulu.

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh guna untuk ketahui keadaan pasaran semasa:

  • Agensi hartanah: Nak bercakap dengan agen ini percuma sahaja, pergi cari kat syarikat-syarikat yang bertauliah untuk dapat info yang betul. Rate yang mereka bagi pun memang patut sebab agen ini selalunya berpengalaman dan info pun dari database syarikat.
  • Portal online: Ada beberapa laman web yang menyediakan platform untuk orang ramai menjual atau menyewa unit mereka. Dari situ pun anda boleh check lingkungan harga untuk unit yang anda mahu.
  • Siasat sendiri: Hal ni mudah sahaja. Anda hanya perlu pergi area rumah yang anda berkenan itu lepastu tanya orang-orang keliling berapa harga kalau nak menyewa. Dapat anggaran pun dah cukup baik!

3) Periksa Pekerjaan Tuan Rumah

Penipuan Sewa Rumah, Ini Tanda Awal Anda Bakal Ditipu Tuan Rumah Sewa Baru Anda

Untuk pastikan tuan rumah betul-betul boleh dipercayai, cuba periksa pekerjaan tuan rumah dan lokasinya. Minta sahaja ‘name card’ dan hubungi tempat kerja untuk pastikan dia betul-betul kerja di situ.

Tuan rumah yang tidak takut untuk memberikan maklumat itu pastinya boleh dipercayai.

4) Tuan Rumah Tidak Mahu Munculkan Diri

Penipuan Sewa Rumah, Ini Tanda Awal Anda Bakal Ditipu Tuan Rumah Sewa Baru Anda

Cuba luangkan sedikit masa untuk berjumpa bakal tuan rumah anda. Ajak tuan rumah tunjuk rumah sewa yang ingin disewakan. Kalau tuan rumah tersebut susah sangat nak tonjolkan diri, sudah sah-sah lah dia menipu.

Jangan sesekali terima alasan yang tuan rumah tidak ada sebab pergi oversea, sibuk kerja atau sebagainya. Tuan rumah yang tidak wujud ini bijak dalam memberi alasan.

5) Tour Rumah Nak Cepat

Penipuan Sewa Rumah, Ini Tanda Awal Anda Bakal Ditipu Tuan Rumah Sewa Baru Anda

Tidak salah jika anda syak wasangka jika dapat tuan rumah atau agen hartanah yang nak cepat bila sesi melawat rumah atau nak hadkan masa melawat.

Ada dua kemungkinan yang mereka sorok:

  • Kawasan rumah tu bising dan bahaya bila dah malam, ataupun
  • Ada pencemaran bunyi dari kenderaan yang lalu-lalang di situ masa tengah jem

6) Banyak Benda Kena Baiki

Penipuan Sewa Rumah, Ini Tanda Awal Anda Bakal Ditipu Tuan Rumah Sewa Baru Anda

Sebelum ambil keputusan untuk proceed menyewa di rumah itu, pastikan anda cek betul-betul semua kawasan rumah tersebut. Nak duduk bukan sehari dua, kurang-kurang pun setahun. Setakat ada rosak sikit-sikit yang senang nak baiki, boleh pertimbangkan.

Cek beberapa perkara ini:

  • Aircond, unit ventilasi, dan kipas – Bil elektrik boleh melonjak naik kalau barang-barang ini dah terlampau kotor, rosak dan tidak berfungsi dengan elok.
  • Cat dalam rumah dan paip – Kalau ada kesan-kesan air atau kulat, itu maknanya ada kebocoran di mana-mana jadi bil air pun mesti tinggi.

Sekian sahaja sedikit sebanyak perkara yang perlu anda titiberatkan dalam membuat keputusan menyewa rumah. Sangat penting untuk anda periksa tuan rumah jika anda tidak mahu ditipu. Penting juga untuk anda buat kajian mengenai rumah yang hendak disewa itu.

Selagi tidak berjumpa tuan rumah dan tidak melawat rumah, jangan sesekali bayar deposit kepada orang yang mencurigakan. Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma