Kaedah & Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik Oleh Pihak SPA

Bagi calon yang pernah lalui ujian psikometrik pasti sudah tahu macam mana bentuk soalan ujian psikometrik SPA. Ujian ini merupakan salah satu ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada calon yang mahu memasuki sektor kerajaan.

Pendek kata, ujian psikomentrik SPA ini adalah wajib untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam. Namun ujian psikometrik ini tidak memerlukan calon untuk buat ulang kaji pun, cuma perlu jawab ikut keperluan dan pastikan memenuhi kriteria penilaian SPA.

Seperti yang kita tahu, ujian psikometrik ini adalah ujian berkenaan personaliti calon dan dikatakan soalan yang tiada jawapan betul atau salah. Jadi, macam mana penilaian oleh pihak SPA dibuat bagi ujian ini?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kaedah dan kriteria penilaian pihak SPA dalam ujian psikometrik.

KAEDAH PENILAIAN DALAM URUSAN PENGAMBILAN

SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah:

  • Ujian psikometrik
  • Ujian pengetahuan dan kemahiran kerja
  • Ujian kompetensi
  • Temu duga

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Nampak mudah kan soalan-soalan tersebut? Jawapan setiap calon mungkin berbeza-beza mengikut personaliti masing-masing. Namun calon perlu tahu beberapa kriteria penilaian yang diambil kira dalam ujian psikometrik.

KRITERIA PENILAIAN UJIAN PSIKOMETRIK

Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk:

  • Mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu:

  • Menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.

Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon:

  • Sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

STATUS LULUS ATAU GAGAL

Adakah ujian psikometrik mempunyai status lulus dan gagal?

Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada:

  • Kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan
PENTING: Aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.

Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga.

Contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK SPA 2022

Dah tahu penilaian yang diambil kira dalam ujian psikometrik, pastilah setiap calon ingin memenuhi kriteria penilaian tersebut kan untuk lulus ujian psikometrik SPA? Jangan main jawab sahaja walaupun soalan ujian nampak mudah!

Dapatkan panduan lengkap untuk LULUS dan memenuhi kriteria penilaian pihak SPA dalam ujian psikometrik serta contoh soalan ujian psikometrik TERKINI yang boleh dijadikan rujukan calon di pautan berikut:

PANDUAN LULUS UJIAN PSIKOMETRIK & 250 CONTOH SOALAN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma