[Terkini] Kerajaan Setuju Beri Bonus Penjawat Awam Tahun 2023 RM700 & KGT Tambahan RM100

Hari kedua sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 dijadual bermula dengan pembentangan bajet mini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri dijadual membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berita baik yang diumumkan oleh kerajaan yang bakal memanfaatkan penjawat awam di seluruh Malaysia.

MANFAAT BAHARU YANG DIUMUMKAN KERAJAAN

Berita baik buat penjawat awam! Dalam peruntukan khas Bajet Mini 2023, Perdana Menteri telah umumkan:

  • Bantuan khas kewangan 2023 dibayar kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan RM350 kepada pesara bermula Januari 2023.
  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan RM100 kepada semua gred 11 hingga 56 mula dibayar pada Januari 2023
Nota: Maklumat lanjut berkenaan penambahbaikan manfaat kepada penjawat awam ini akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat makluman baharu.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma