Cara Kira Jumlah Pencen Bulanan Yang Diterima Penjawat Awam Setelah Tamat Perkhidmatan 

Penjawat awam yang nak bersara pilihan dalam masa terdekat ini, anda wajib tahu bagaimana jalan pengiraan pencen bulanan yang bakal diterima selepas tamat perkhidmatan nanti. Berapa jumlah pencen bulanan yang akan diterima setelah 20 tahun berkhidmat? Berapa jumlah pula bila 30 tahun berkhidmat?

Pencen  ini dibayar setiap hujung bulan untuk kegunaan penerima pencen selepas tamat perkhidmatan. Penting untuk setiap orang tahu supaya senang nak buat perancangan kewangan untuk masa depan nanti.

Tak susah pun cara pengiraan pencen bulanan yang diterima, hanya masukkan beberapa maklumat dalam formula disediakan, anda dah boleh tahu pencen bulanan yang bakal diterima nanti.

Baca: Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan: Ini Ganjaran & Khairat Waris Boleh Tuntut

BAGAIMANA BAYARAN PENCEN DIKIRA

Bagi yang salah anggap, bayaran pencen kakitangan kerajaan sebenarnya bukan sama jumlah gaji akhir mereka. Kebiasaannya jumlah bayaran pencen adalah separuh dari gaji akhir. Namun, ada juga yang akan mendapat lebih kurang dari itu atas sebab-sebab tertentu seperti berkhidmat tidak cukup lama atau faktor lain.

Jumlah bayaran pencen dikira berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Tarikh lahir penerima pencen
  • Tarikh mula berkhidmat / tempoh masa berkhidmat
  • Gaji akhir hakiki sebelum ini
  • Imbuhan tetap yang diterima
  • Gantian cuti rehat
  • Jumlah cuti tanpa gaji sebelum ini
  • Umur bersara

FORMULA PENGIRAAN PENCEN BULANAN

Formula pengiraan:

  • 1/600 x Gaji akhir (pokok) x Tempoh bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira

Pengiraan tempoh perkhidmatan pencen adalah terhad kepada 360 bulan sahaja. Pengiraan pencen bagi perkhidmatan melebihi 360 bulan adalah sedikit berlainan. Lihat contoh pengiraan 2 situasi di bawah:

Contoh perkhidmatan melebihi 360 bulan

  • Gaji akhir (pokok): RM3,500
  • Tempoh Bulan Perkhidmatan = 378 bulan

= 1/600 x RM3,500 x 378
= RM2,205

Tetapi pengiraan adalah TERHAD kepada 360 bulan perkhidmatan sahaja/ 60% dari gaji akhir (pokok). Justeru pencen bulanan maksimum yang diterima adalah 60% dari gaji akhir (pokok), iaitu 60/100 x RM3,500 = RM2,100

Maka, pencen bulanan yang diterima bagi gaji terakhir RM3,500 dengan tempoh perkhidmatan 378 bulan adalah RM2,100.

Contoh perkhidmatan terhad 360 bulan

  • Gaji pokok (akhir) = RM3,500
  • Tempoh bulan perkhidmatan = 320 bulan

= 1/600 x RM3,500 x 320
= RM1,866.66

Jadi pencen yang diterima adalah sebanyak RM1,866.66

Baca juga: Cara Kira ”Peratus” Pencen Yang Diterima Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan

Sudah jelas dengan pengiraan pencen bulanan yang ditunjukkan? Bagi yang bakal berpencen pada tahun 2021, anda dah boleh semak JADUAL TARIKH PEMBAYARAN PENCEN TAHUN 2021 manakala yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan awal boleh semak JADUAL TARIKH PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2021.

Penjawat awam dan pesara kerajaan juga akan menerima Bantuan Khas Kewangan atau bonus tidak lama lagi. Anda boleh rujuk TARIKH BAYARAN BONUS KERAJAAN 2021.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma