Kini Anda Boleh Buat Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan Kesuburan. Ini Caranya
Hasrat untuk menimang cahaya mata bakal jadi kenyataan dengan rawatan kesuburan. Kini, KWSP telah memperluaskan Pengeluaran Kesihatan untuk Ahli dan pasangan membuat pengeluaran bagi membiayai kos rawatan kesuburan. Ramai yang sedia maklum bahawa rawatan kesuburan bukanlah satu rawatan yang murah.
Kini kos rawatan tidak menjadi masalah lagi bagi pasangan berkahwin yang berhasrat untuk menimang cahaya mata dengan pengeluaran rawatan kesuburan yang diperkenalkan oleh KWSP.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat pengeluaran rawatan kesuburan:
- Warganegara dan Bukan Warganegara
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
- Pasangan (Suami/Isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang
KEPERLUAN TAMBAHAN
- Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
-
Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
-
Tidak mendapat rawatan alternatif
- Rawatan Kesuburan dibenarkan:
– Intrauterine insemination (IUI)
– In-Vitro Fertilisation (IVF)
– Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)
*Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP
MAKLUMAT PENGELUARAN
Berikut adalah pengeluaran yang boleh dibuat oleh pemohon:
Pengeluaran Individu
- Jumlah kos rawatan sebenar; ATAU
- Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)
Pengeluaran Bersama
- Jumlah yang dipohon; ATAU
- Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing; ATAU
- Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah)
Jika kos perubatan telah dibiayai sebahagiannya oleh majikan ahli/pesakit, anda hanya boleh mengeluarkan baki kos perubatan yang belum dilangsaikan.
PILIHAN BAYARAN
Bayaran kepada Ahli
– Bayaran kepada ahli dilakukan jika kos perubatan telah dibayar kepada pihak institusi perubatan.
Bayaran kepada institusi perubatan dalam negara
– Jika kos perubatan masih tertunggak / belum selesai.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan untuk membuat pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan:
- Borang KWSP 9D (AHLI) dan Senarai Semak Dokumen
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (bukan pemegang MyKad sahaja)
- Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
- Laporan Perubatan – Rawatan Kesuburan LPP-2 (WAJIB)
Dokumen tambahan dari Institusi Perubatan Dalam Negara:
- Bukti rawatan kesuburan
- Bukti bayaran *Tidak melebihi satu tahun dari tarikh permohonan diterima
- Bukti identiti *Dokumen pengenalan diri pesakit
- Surat pengesahan majikan
- Bukti talian *Sijil perkahwinan
- Lampiran Bil/Invois Resit Bayaran
- Surat pengesahan pembayaran kos rawatan dan kebenaran.
** Pastikan semua salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
CARA MEMOHON
Lengkapkan borang permohonan yang berkaitan dan sediakan semua dokumen wajib di atas. Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara email. Cari cawangan KWSP berdekatan anda:
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman rasmi KWSP. Selain pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan, anda juga boleh buat pengeluaran KWSP untuk membeli rumah dan membina rumah.