6 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dikenakan Zakat Setiap Ahli Beragama Islam Perlu Tahu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan.

Tahukah anda pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikenakan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya? Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

Kewajipan membayar zakat bagi pengeluaran adalah apabila memenuhi syarat “Sempurna Milik”. Baca selanjutnya info lanjut pembayaran zakat KWSP di perkongsian bawah.

SYARAT SEMPURNA MILIK

Syarat “Sempurna Milik” akan dipenuhi sejurus apabila:

  • Pencarum diberi kebenaran kebenaran untuk mengeluarkannya (sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan di bawah Skim Pengeluaran KWSP)
  • Tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran yang dibuat berpandukan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah persekutuan kali ke-120.

KWSP TIDAK MEMBAYAR ZAKAT SIMPANAN BAGI PIHAK AHLI

Untuk makluman anda, KWSP tidak mengeluarkan zakat perniagaan atau membayar zakat simpanan KWSP bagi pihak ahli kerana semua pelaburan KWSP adalah menggunakan simpanan ahli KWSP yang belum menjadi milik sempurna ahli yang merupakan salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat.

Ahli KWSP yang beragama Islam bertanggungjawab membayar zakat ke atas simpanan KWSP yang layak dikeluarkan dan digunakan iaitu mempunyai pemilikan sempurna (Milkut Tam) pada kadar 2.5% tertakluk kepada Nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas) seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa Zakat negeri masing-masing.

6 JENIS PENGELUARAN KWSP YANG DIKENAKAN ZAKAT

Berikut adalah jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat:

  • Pengeluaran Umur 50 tahun
  • Pengeluaran Umur 55 tahun
  • Pengeluaran Umur 60 tahun
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Pesara Pilihan
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 juta

KADAR ZAKAT DIWAJIBKAN

Kadar Zakat KWSP yang wajib dikeluarkan sama ada ketika bersara, membeli rumah atau sebarang pengeluaran yang dibenarkan adalah sebanyak:

  • 2.5% dari jumlah yang dikeluarkan

Contoh Pengiraan Zakat KWSP:

Puan Siti membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP semasa umur 55 tahun sebanyak 20,000. Kadar zakat yang perlu Puan Siti bayar setelah membuat pengeluaran wang tersebut adalah seperti berikut:

  • RM20,000 x 2.5% = RM500 sahaja

Untuk maklumat lanjut kewajibkan membayar zakat KWSP dan syarat pengiraan, anda boleh rujuk DI SINI.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma