Cara Guna Simpanan KWSP Untuk Bayar Pinjaman PTPTN

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk peminjam PTPTN membayar balik pinjaman selepas menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan. Jika peminjam merasa ingin membuat pembayaran terus atau lunaskan hutang PTPTN, antara salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah menggunakan pengeluaran akaun KWSP.

Peminjam boleh mengeluarkan Akaun 2 KWSP sendiri atau akaun ibu bapa untuk membuat pembayaran pinjaman PTPTN. Peminjam juga boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan ataupun hanya sebahagian untuk bayaran balik pinjaman.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN.

KELEBIHAN BAYARAN BALIK MELALUI PENGELUARAN KWSP

Antara kelebihan dalam menggunakan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman adalah:

  • Boleh menggunakan Akaun 2 KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
  • Tiada had pengeluaran.
  • Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun 2 masih berbaki.
  • Tiada caj pemprosesan dikenakan
  • Menikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik

SYARAT PENGELUARAN KWSP

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat pengeluaran KWSP tujuan bayaran balik pinjaman:

  • Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
  • Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
  • Semua peraturan dan polisi bagi tujuan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pihak KWSP.

KAEDAH PERMOHONAN PENGELUARAN

Untuk membuat permohonan pengeluaran KWSP, terdapat dua kaedah iaitu secara online ataupun secara terus ke kaunter KWSP berdekatan.

Secara Online (i-Akaun)

Berikut adalah langkah permohonan melalui i-Akaun:

  1. Login ke i-Akaun ahli, klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.
    Cara Membuat Pengeluaran KWSP Untuk Pembayaran Balik PTPTN
  2. Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.
  3. Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
  4. Tujuan pengecaman ini adalah bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.

KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.

PENDAFTARAN i-AKAUN

Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6-digit) melalui:

  • Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
  • Kiosk KWSP
  • Kaunter KWSP

Baca juga: Senarai Kiosk KWSP dan Perkhidmatan Yang Disediakan

Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran KWSP untuk pembayaran balik pinjaman, anda boleh terus ke kaunter KWSP terdekat anda atau rujuk maklumat di laman rasmi PTPTN.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma