Pengeluaran i-Citra KWSP Dari Akaun 1 Atau Akaun 2? Ini Penjelasan KWSP
Dalam pengumuman bantuan Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan (PEMULIH) oleh Perdana Menteri baru-baru ini, antara yang mendapat perhatian ramai adalah kebenaran pengeluaran RM5,000 simpanan KWSP melalui program i-Citra. Ahli KWSP yang masih mempunyai baki simpanan KWSP boleh buat permohonan yang akan dibuka pada bulan Julai 2021 nanti.
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Persoalannya, pengeluaran i-Citra akan melibatkan Akaun 1 atau Akaun 2?
Ketahui dulu penjelasan perbezaan antara kedua-dua akaun ini dan maklumat pengeluaran simpanan bagi i-Citra KWSP.
Isi Kandungan
PERBEZAAN ANTARA AKAUN 1 & AKAUN 2 KWSP
Pasti semua dah tahu akaun KWSP dibahagikan kepada 2 akaun. Caruman yang anda dapat setiap bulan daripada majikan dan daripada gaji anda akan dibahagikan kepada 70:30 iaitu:
- 70% disalurkan ke Akaun 1
- 30% disalurkan ke Akaun 2
Akaun 1
- Simpanan Akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan
- Simpanan boleh dikeluarkan selepas umur 55 tahun
Akaun 2
- Simpanan Akaun 2 bertujuan untuk membantu Ahli membuat persediaan bila nak bersara
- Simpanan boleh dikeluarkan bila mencecah umur 50 tahun
Semak Baki Akaun KWSP
Macam mana nak tahu berapa jumlah simpanan yang anda ada dalam akaun KWSP? Anda boleh buat semakan baki simpanan KWSP melalui salah satu langkah berikut:
- Pergi ke cawangan KWSP
- Semak baki akaun 1 KWSP secara online DI SINI
- Semak baki akaun 2 KWSP secara online DI SINI
- Semak di Cawangan Kiosk KWSP berdekatan
PENGELUARAN SIMPANAN I-CITRA KWSP
Ahli dinasihatkan untuk buat semakan baki simpanan masing-masing sebelum buat permohonan pengeluaran i-Citra KWSP bagi membuat perancangan kewangan sebaiknya. Dah tahu baki simpanan akaun KWSP masing-masing?
Jadi, pengeluaran i-Citra melibatkan Akaun 1 atau Akaun 2? Untuk makluman anda,
Ini bermaksud, pihak KWSP anda semak Akaun 2 Ahli terlebih dahulu dan mengeluarkan jumlah dari situ. Jika tidak cukup jumlah yang dimohon, baru melibatkan pengeluaran Akaun 1.
Untuk penjelasan yang lebih jelas, anda boleh lihat situasi di bawah:
PERMOHONAN PENGELUARAN I-CITRA KWSP
Jika anda rasa perlu buat pengeluaran i-Citra dan baki anda masih mencukupi, anda boleh buat permohonan yang akan dibuka pada 15 Julai nanti. Semak:
- Syarat Kelayakan & Jumlah Pengeluaran Yang Dibenarkan Untuk i-Citra KWSP
- Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau laman web rasmi www.kwsp.gov.my.