Panduan Pengeluaran Duit ASB Secara Online Tanpa Ke Kaunter. Had Pengeluaran Kini RM2,000 Sebulan

Dengan adanya pelbagai kemudahan secara atas talian sekarang ini, hampir semua urusan boleh dilakukan di rumah sahaja. Dah tak perlu susah-susah berurusan dan beratur di kaunter untuk melakukan pelbagai urusan. Sama juga untuk pengeluaran simpanan KWSP melalui i-Citra, hanya boleh mohon online!

Mudah kan? Sama juga seperti pengeluaran ASB. Bagi memudahkan urusan pengguna, anda kini tidak perlu lagi bersusah payah ke kaunter ASB atau Pejabat Pos untuk mengeluarkan simpanan ASB dengan kemudahan myASB.

Anda boleh buat pengeluaran ASB secara online dengan langkah mudah yang dikongsikan di bawah.

DAFTAR myASNB TERLEBIH DAHULU

Untuk membuat pengeluaran simpanan ASB secara online, anda WAJIB ada akaun myASNB yang boleh didaftarkan menggunakan Portal myASNB. Tidak sudah pun dan yang penting cepat!

Bagi yang belum pernah mendaftar akaun myASNB, anda boleh daftar di pautan berikut:

INFO PENGELUARAN ASB SECARA ONLINE

Dah daftar akaun myASB? Kini anda dah boleh buat pengeluaran ASB secara online! Namun, ada beberapa info pengeluaran ASB secara online yang anda perlu tahu:

  • Had maksimum pengeluaran RM2,000 sebulan
  • Minima sekali pengeluaran sebanyak RM100
  • Hanya tiga transaksi dibenarkan dalam sebulan

CARA BUAT PENGELUARAN ASB SECARA ONLINE

Bila dah daftar akaun myASB dan jelas dengan syarat pengeluaran ASB secara online, anda kini boleh buat pengeluaran ASB secara online dengan mudah, ikut panduan berikut:

  1. Login akaun di Portal myASNB
    Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah. Rujuk Panduan Lengkap Bergambar Ini
  2. Pergi ke Portfolio dan klik Transaksi
    Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah. Rujuk Panduan Lengkap Bergambar Ini
  3. Pilih menu Jualan Balik
    Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah. Rujuk Panduan Lengkap Bergambar Ini
  4. Baca dahulu syarat dan tandakan tick, klik SETERUSNYA
    Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah. Rujuk Panduan Lengkap Bergambar Ini
  5. Semak nombor akaun, masukkan jumlah yang ingin dipindahkan ke akaun personal dan klik butang SETERUSNYA
    Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah. Rujuk Panduan Lengkap Bergambar Ini
  6. Klik TERUSKAN
    Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah. Rujuk Panduan Lengkap Bergambar Ini

Siap! Urusan pengeluaran ASB secara online anda selesai. Wang simpanan dari ASB akan terus dipindahkan ke akaun bank anda. Lebih mudah daripada anda perlu beratur dan tunggu giliran di kaunter ASB atau Pejabat Pos.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma