Permohonan Pengeluaran RM500 Sebulan Dari Akaun 1 KWSP Selama 12 Bulan

Cadangan pengeluaran RM10,000 daripada akaun 1 KWSP tidak diluluskan. Namun, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021 yang lepas, pencarum KWSP boleh memohon untuk pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan.

Pengeluaran RM500 sebulan adalah dalam tempoh 12 bulan.  Ini bermakna jumlah keseluruhan pengeluaran yang terlibat daripada akaun 1 adalah sebanyak RM6000.

Inisiatif ini bakal memanfaatkan 600,000 ahli yang terjejas dan mengalami masalah dalam memperoleh pendapatan.

KADAR CARUMAN KWSP DIKURANGKAN

Sehubungan dengan itu, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan sebanyak 2% iaitu:

  • 11% kepada 9% bermula Januari 2021

Permohonan Pengeluaran RM500 Sebulan Dari Akaun 1 KWSP Selama 12 Bulan

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Pencarum juga dibenarkan untuk mengeluarkan wang caruman dari Akaun 2 KWSP untuk tujuan berikut:

  • Insurans
  • Takaful hayat
  • Penyakit kritikal

Pengeluaran untuk ketiga-tiga produk ini boleh digunakan untuk diri sendiri dan keluarga.

PENGELUARAN i-LESTARI MASIH DITERUSKAN

Untuk makluman anda, pengeluaran wang dari akaun 2 atau i-lestari masih diteruskan bagi mereka yang telah membuat permohonan. Bagi yang masih belum buat pengeluaran i-lestari, anda masih boleh mohon pengeluaran sekarang di sini:

Permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP mungkin akan dibuka mulai tahun 2021. Walaubagaimanapun, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Anda boleh semak baki penyata akaun KWSP anda sekarang untuk buat perancangan kewangan masa depan anda.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma