Kad TnG & SmartTag Boleh Guna Lagi Ke Selepas 15 Januari 2022? Ini Penjelasan PLUS

Setelah lebih 20 tahun memudahkan pembayaran tol pengguna lebuh raya, Touch ‘n Go dan SmartTAG dikatakan akan dihentikan secara berperingkat dalam memberi peluang untuk lebih banyak lorong Radio Frequency Identification (RFID) disediakan di lebuh raya seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Pengguna jalan raya dah boleh dapatkan RFID secara online atau melalui ejen pemasaran yang dilantik untuk pemasangan di kenderaan masing-masing. Namun pasti ramai yang tertanya-tanya, penggunaan kad Touch & GO dan SmartTag boleh lagi ke selepas tarikh tersebut?

Untuk jawapan kepada persoalan tersebut, anda boleh ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan PLUS.

TARIKH PELAKSANAAN RFID S

Kementerian Kerja Raya telah memaklumkan transaksi tol RFID akan dilaksanakan bagi kenderaan ringan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula:

  • Bermula 15 Januari 2022

Namun penggunaan RFID di semua lebuh raya akan ditambah secara berperingkat

KAD TNG & SMARTTAG BOLEH DIGUNAKAN LAGI KE SELEPAS 15 JANUARI?

Untuk makluman anda, PLUS telah mengeluarkan kenyataan berkenaan hal ini.

  • Pembayaran tol menggunakan kad TnG dan SmatTag masih DIKEKALKAN walaupun transaksi tol menggunakan teknologi RFID diperkenalkan di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022.
  • Transaksi tol menggunakan teknologi RFID pada ketika ini adalah sebagai pilihan
    tambahan kepada platform kad Touch ‘n Go dan SmartTAG yang sedia ada.
  • Transaksi menggunakan RFID adalah langkah awal kepada pelaksanaan pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol (Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong – MLFF) pada masa
    hadapan

PLUS memahami kebimbangan yang disuarakan oleh sesetengah pengguna lebuhraya tentang penutupan lorong Touch ‘n Go dan SmartTAG dan ingin menjelaskan bahawa kedua-duanya akan tetap beroperasi dan hanya satu lorong RFID akan disediakan di plaza-plaza tol di laluan Juru-Skudai kelak.

Dengan pembukaan lorong RFID bermula 15 Januari 2022 nanti, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan platform pembayaran tol bagi melengkapkan transaksi tol mereka

PLUS bagaimanapun, mengajak lebih ramai pengguna lebuhraya supaya beralih kepada sistem transaksi tol RFID kerana ia lebih pantas dan memudahkan perjalanan mereka di plaza-plaza tol.

Baca: Cara Mudah Aktifkan RFID & Pasang RFID Tag Pada Kenderaan

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma