Permohonan Kemasukan Pelajar STAM Tahun 2023 Ke SMA MAIWP Kini Dibuka
Permohonan kemasukan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2023 ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) kini dibuka.
Tawaran ini khas dibuka untuk pengambilan lepasan SPM 2022 yang merupakan warganegara Malaysia dan cukup syarat.
Jika berminat, calon boleh semak syarat kelayakan dan dapatkan borang permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TARIKH PENTING
Berikut adalah tarikh-tarikh penting pengambilan dan kemasukan STAM tahun 2021:
- Tarikh mohon: sehingga 11 Mac 2023
- Keputusan permohonan: 27 Mac 2023
- Pendaftaran Sekolah: 3 April 2023
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Umut tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2023
- Telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2022 atau SPM 2021 atau 2020
- Dengan memperolehi pencapaian minima
CARA MOHON
Calon yang berminat dengan tawaran dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh kemukakan permohonan sekarang dengan menyediakan dokumen-dokumen berikut:
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi
- Salinan kad pengenalan pemohon/ ibu dan bapa atau penjaga
- Salinan keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) (jika ada)
- Salinan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan sijil –sijil Kokurikulum.
- Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan (jika tiada slip gaji) – bapa, ibu/penjaga
Dokumen yang disahkan beserta borang permohonan yang lengkap diisi mestilah dihantar sebelum tarikh tutup kepada alamat berikut:
- Pejabat Pentadbiran SMA MAIWP KL
No.2, Jalan Sri Permaisuri,
Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan: