Tawaran Pengambilan Jawatan Sarjan Polis YA5 PDRM, Mohon Dengan Minima Diploma

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka tawaran untuk mengisi jawatan khas buat graduan dari pelbagai bidang. Warganegara Malaysia yang berminat nak bekerja sebagai Sarjan Polis boleh membuat permohonan bagi pengambilan Jawatan Sarjan Polis YA5 apabila permohonan dibuka.

Pengambilan yang dibuka ini adalah untuk calon lelaki dan wanita yang memenuhi syarat kelayakan dan syarat fizikal yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat melalui laman epengambilanpdrm yang disediakan khas untuk memohon jawatan PDRM.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan jawatan di perkongsian bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Polis DiRaja Malaysia
  • Nama jawatan: Sarjan Polis YA5
  • Taraf jawatan: Tetap
  • Kumpulan Perkhidmatan: Perlaksana

TEMPOH PERMOHONAN

Pengambilan jawatan Sarjan Polis Gred YA5 (lelaki/ wanita) dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 27 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023

ELAUN & KEMUDAHAN DISEDIAKAN

  • Gaji minimum RM1930.00, maksimum RM5,801.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan RM150
  • Elaun Tetap Perumahan : RM 300
  • Elaun Cola : RM100 – RM 350
  • Elaun Khidmat Awam : RM 115
  • Elaun Khas PDRM : RM 200
  • Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
  • Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran dibuka kepada calon-calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

Kelayakan Akademik:

  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.00]; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  •  Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

DISKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

CARA MOHON JAWATAN

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan Sarjan Polis Gred YA5, anda boleh buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma