Pengambilan Pelajar Baru Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Sesi Februari 2022 Kini Dibuka

Sukacita dimaklumkan bahawa Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Perai kini sedang membuka permohonan bagi pengambilan pelajar lepasan SPM (atau tamat Tingkatan 5) yang berminat untuk mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) sesi pengajian Februari 2022.

Individu yang berminat dan berkelayakan boleh mohon pengambilan yang dibuka ini dan ikuti kursus kemahiran yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengambilan yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT KURSUS

  • Nama institusi: Institusi Latihan Perindustrian (ILP)
  • Jenis kursus: Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3)
  • Pengambilan: Sesi Februari 2022
  • Penempatan: ILP Perai

KURSUS DITAWARKAN

Pelajar yang berminat boleh ikuti kursus yang ditawarkan, iaitu:

  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Komputer Sistem

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 17 – 35 tahun
  • Tamat SPM (atau tamat Tingkatan 5)

CARA MOHON

Sekiranya anda calon yang berkelayakan dan berminat untuk sambung pengajian di ILP, anda boleh buat permohonan secara online.  Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Google Form melalui pautan berikut:

Lengkapkan borang permohonan secara online melalui pautan tersebut dan pastikan anda hantar email beserta:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Keputusan SPM

Hantarkan dokumen ke emel ahmadfairuz.saad@gmail.com. Pastikan anda hantar permohonan dengan segera kerana tempat adalah terhad!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma