Ada Pengalaman Kerja Cashier Atau Promoter? Ini Cara Manfaatkan Dalam Temuduga

Anda lepasan graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian? Baru tamat pengajian, mestilah tiada pengalaman bekerja lagi. Jika ada pun, pengalaman bekerja sambilan semasa cuti belajar, kerja sambilan atau selepas SPM. Biasanya kerja famous yang dilakukan oleh orang ramai semasa cuti pengajian atau selepas tamat persekolahan adalah kerja sebagai cashier, promoter, khidmat pelanggan, kerja di shopping mall dan lain-lain.

Nampak macam biasa sahaja kerja ini, tetapi sebenarnya anda boleh manfaatkan semasa temuduga nanti sekiranya ditanya. Setiap pekerjaan pasti akan beri pengalaman dan kemahiran baru kepada kita. Nak tahu macam mana nak manfaatkan pengalaman kerja tersebut dan contoh jawapan dalam temuduga nanti?

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan jawapan yang boleh anda jadikan rujukan.

CARA MANFAATKAN PENGALAMAN KERJA

Bagaimana pekerjaan yang biasa-biasa sahaja ini boleh dimanfaatkan dalam temuduga?

  • Ceritakan apa tugas anda sebagai pekerja
  • Ceritakan kemahiran baharu yang anda belajar semasa kerja, contohnya:
    – Kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai
    – Kemahiran menguruskan kedai
    – Kemahiran menguruskan akaun perniagaan
    – Kemahiran menguruskan masa dalam menyiapkan kerja
  • Ceritakan pencapaian anda semasa kerja (contohnya sale meningkat atau sebagainya)

CONTOH SOALAN & JAWAPAN

Antara soalan yang biasa ditanya dalam temuduga adalah:

“Memandangkan anda baru sahaja menamatkan pengajian beberapa bulan yang lepas, adakah anda mempunyai pengalaman bekerja?

Berikut adalah contoh jawapan yang boleh digunakan untuk rujukan anda:

Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa membuat apapun. Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wang tambahan di samping membantu keluarga menguruskan kedai runcit tersebut.

Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya, saya belajar bagaimana untuk menguruskan pembelian barang-barang, menguruskan akaun perniagaan, dan juga belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ramai pelanggan. Dari pekerjaan-pekerjaan berikut, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja, berurusan dengan orang ramai, mengurus data dan sebagainya.

Tiada masalah sekiranya anda tiada sebarang pengalaman kerja. Antara usaha yang anda boleh lakukan semasa masa lapang sementara tunggu panggilan kerja adalah belajar kemahiran baru.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma