MySejahtera Trace: Cara Muat Turun, Aktifkan & Kesan Kontak Rapat Kes Covid-19
MySejahtera Trace (MySJ Trace) merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang merupakan pengguna MySJ Trace yang pernah ada kontak rapat dengan seorang lagi pengguna MySJ Trace yang telah disahkan positif COVID-19.
Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Malaysia. Orang ramai dah boleh gunakan MySejahtera Trace ini dengan mengemaskini MySejahtera di telefon masing-masing.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara memuat turun MySj Trace, mengaktifkannya dan cara ia berfungsi untuk mengesan kontak rapat.
Isi Kandungan
RINGKASAN MYSEJAHTERA TRACE
Berikut adalah ringkasan mengenai MySejahtera Trace (MySj Trace):
- Menggantikan modul daftar keluar/ check out
- Menggunakan teknologi bluetooth untuk mengesan kontrak rapat kepada kes positif Covid-19
- Penuhi keperluan program pemantauan KKM, Find, Trace, test, Isolate & Support (FTTIS)
- Untuk cegah & kawal penularan jangkitan Covid-19
CARA BERFUNGSI
MySJ Trace ini berfungsi seperti berikut:
- Seseorang yang disahkan positif Covid-19 akan diberikan notifikasi bagi dapatkan kebenaran kongsi maklumat kontak rapat mereka
- Jika dibenarkan, MySejahtera akan beri akses kepada KKM bagi menilai risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan
- Keseluruhan proses pengesahan kontak & penyimpanan data dijamin keselamatan /kerahsiaan oleh kerajaan
CARA AKTIFKAN MYSJ TRACE
Untuk mengaktifkan MySejahtera Trace dan menggunakan fungsi tersebut, pastikan anda ikut langkah panduan berikut:
- Aktifkan bluetooth dalam peranti alih sepanjang masa
- Kemaskini aplikasi untuk muat turun MySJ Trace
Rujuk panduan mengemaskini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera berikut:
PENGESANAN KONTAK
Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19.
Dengan pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan.
Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera(MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace).
MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum. Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.
Semoga bermanfaat!