Tawaran Diploma & Sijil Kemahiran Malaysia Teknologi Automatif Ambilan Januari 2021
Lepasan SPM yang berminat untuk ceburi bidang kemahiran teknologi automatif dipelawa untuk memohon tawaran pengajian di peringkat Diploma dan Sijil di PERDA-TECH ambilan Januari 2021.
Program ini ditawarkan bertujuan untuk menyediakan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam menyelia, merancang dan menyenggara kerja-kerja dalam bidang automotif meliputi pengurusan sumber manusia, kawalan kos dan sebagainya.
Selain itu graduan juga akan didedahkan dengan teknologi terkini dalam bidang automotif seperti hybrid dan commanrail system.
Isi Kandungan
BIDANG AUTOMATIF
Bidang automatif merupakan bidang yang sedang berkembang pesar di malaysia mahupun luar negara. Di era ini, industri mahupun majikan memerlukan tenaga berkemahiran tinggi.
Kos latihan yang semakin meningkat membuatkan majikan lebih berminat mengambil individu yang mempunyai kemahiran tinggi dan boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi yang berminat untuk memohon:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf, dengan
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
- Tidak rabun warna
PROGRAM DITAWARKAN
Terdapat dua program ditawarkan buat anda di Jabatan Teknologi Automotif PERDA-TECH baku kemasukan Januari 2021 meliputi:
- Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Automotif Tahap 4
- Sijil Khas Automotif
OBJEKTIF PROGRAM
Program Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Automotif
Melahirkan tenaga mahir yang professional, berdaya saing dan berkeupayaan untuk mengaplikasi kemahiran penyeliaan, perancangan dan penyelenggaraan automotif yang bersesuaian dengan keperluan industri terkini.
Program Sijil Khas Automotif
Memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang automotif dengan pembelajaran mengikut perkembangan teknologi automotif terkini.
PROSPEK KERJAYA
Setelah tamat pengajian, graduan berpeluang menceburi kerjaya berikut:
-
Penolong Jurutera Automotif
-
Eksekutif Jualan Automotif
-
Penasihat Servis Automotif
-
Usahawan Syarikat Automotif
Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan bagi kemasukan Januari 2021 sekarang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2021. Klik pautan berikut untuk buat permohonan.