Pendapatan Dalam Sistem MyBKM Jadi “0”, Perlu Kemaskini Ke? Ini Penjelasan LHDN Kepada Beberapa Soalan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, data penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara AUTOMATIK ke dalam sistem BKM. Jadi individu dalam kategori ini tidak perlu buat permohonan baru, tetapi hanya perlu kemaskini jika ada perubahan maklumat.

Ramai juga individu yang semak semula maklumat di MyBKM dan mendapati pendapatan jadi angka “0”. Apa perlu buat, perlu ke kemaskini dan masukkan pendapatan asal? Rujuk penjelasan LHDN di bawah:

Rujuk: Cara Semak Status Kelayakan BKM & Kemaskini Maklumat Jika Ada Perubahan

PERLU KE KEMASKINI JIKA PENDAPATAN “0”?

Memandangkan ramai yang mengalami masalah yang sama, iaitu pendapatan dalam sistem permohonan BKM jadi “0” seorang pemuda melalui laman Facebook kongsikan jawapan daripada dan pengesahan pihak LHDN. Antara beberapa persoalan yang ditanya adalah:

  • Jika ada perubahan dengan status hubungan dan penambahbaikan
    – Kemaskini dan muat naik dokumen atau hantar dokumen ke LHDN
  • Jika belum daftar
    – Buat permohonan baru di kaunter LHDN atau online melalui sistem MyBKM
  • Permohonan diterima berdasarkan maklumat BPR 2021, pendapatan jadi “0”
    – Kemaskini permohonan jika pendapatan jadi angka “0”
    – Semak dan ubah mengikut pendapatan kasar
  • Jika pemohon menggunakan akaun bank pasangan sebelum ini
    – Ubah akaun ke akaun bank pemohon
    – Data LHDN hanya akan menggunakan akaun bank pemohon sahaja untuk tahun 2022

Rujuk: Cara Semak Status Kelayakan BKM & Kemaskini Maklumat Jika Ada Perubahan

BUAT PENGESAHAN & HANTAR SELEPAS KEMASKINI

Setelah anda kemaskini dan buat perubahan dalam maklumat sistem MyBKM, pastikan anda buat pengesahan dan hantar permohonan anda.

Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan orang ramai. Jangan lupa kemaskini maklumat-maklumat penting ya! Walaupun anda penerima bantuan sedia ada dan maklumat sudah sedia ada, pastikan anda semak semula semua maklumat pastikan semuanya betul.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma