Pendaftaran Peperiksaan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEX) MPM Dibuka

Calon yang ingin buat pendaftaran Peperiksaan Pra-kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEX) pengambilan Ogos 2022, anda dah boleh buat pendaftaran sekarang. Ijazah Lanjutan Perubatan atau MedEx merupakan peperiksaan yang diwujudkan oleh Majlis Dekan Perubatan Malaysia dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bawah Akta 225.

Peperiksaan ini berfungsi sebagai salah satu kriteria saringan untuk memilih calon yang akan menyertai latihan pakar klinikal Universiti Awam (UA) di Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut peperiksaan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEX) dan panduan buat pendaftaran.

TEMPOH PERMOHONAN

Pendaftaran bagi peperiksaan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEX) bagi sesi Ogos 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 7 Jun 2022 sehingga 7 Julai 2022 (Khamis)

YURAN PENDAFTARAN

Calon yang ingin menduduki peperiksaan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEX) akan dikenakan yuran pembayaran seperti berikut:

  • Yuran pendaftaran: RM800

TARIKH UJIAN MEDEX

Peperiksaan MedEX akan dilaksanakan pada:

  • Tarikh ujian: 23 Ogos 2022 (Selasa)

BIDANG DITAWARKAN

Tawaran menduduki peperiksaan MedEX sesi Ogos 2022 adalah terbuka kepada calon yang bakal mengikuti bidang berikut:

  • Plastic surgeri (400/6)
  • Obstetrics dan Gynaecology (400/15)

CARA DAFTAR

Sekiranya anda ingin buat pendaftaran untuk menduduki ujian MedEX, anda boleh daftar dengan ikut panduan berikut:

  1. Buat pendaftaran di laman http://apps.mpm.edu.my/
  2. Klik butang “Select” di bahagian “Online Test”
  3. Isi butiran yang diperlukan dengan lengkap
  4. Muat naik gambar terkini di ruang disediakan
  5. Klik butang “Proceed for Payment” untuk buat pembayaran

Keputusan peperiksaan akan dimaklumkan kepada calon pada 13 September 2022. Calon yang berjaya dalam peperiksaan ini akan mendapat sijil yang mana tempoh sah laku sijil adalah selama 3 tahun hingga ke 5 tahun.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03 61261634/ 1745 atau email ke alamat medex@mpm.edu.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma