Pendaftaran Anak Ke Tabika & Taska KEMAS Sesi 2023 Kini Dibuka. Ini Cara Daftar Online
TABIKA KEMAS adalah singkatan kepada maksud Taman Bimbingan Kanak-Kanak atau Kemajuan Masyarakat yang diselia oleh Jabatan Masyarakat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia. Ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke TABIKA KEMAS bagi tahun 2023 boleh buat secara online sahaja.
Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk pembangunan sesebuah negara bagi meneruskan generasi yang berpendidikan dan berpotensi untuk membangunkan Negara. KEMAS adalah sebuah institut pendidikan yang memberikan pendidikan awal kepada anak-anak kecil dengan kadar bayaran yuran yang sangat rendah.
Bagi ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke TABIKA KEMAS tahun hadapan iaitu tahun 2021, pendaftaran boleh dibuat secara online.
Isi Kandungan
KATEGORI KEMAS
Program Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA): Kanak-kanak 2 ~ 4 tahun
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA): kanak-kanak 4 ~ 6 Tahun
TARIKH PENDAFTARAN TABIKA KEMAS SESI 2023
Pendaftaran TABIKA & TASKA KEMAS sesi 2023 dibuka secara online pada:
- 1 Ogos sehingga 31 Disember 2022
WAKTU OPERASI TABIKA KEMAS
TABIKA KEMAS akan beroperasi pada hari minggu (Isnin hingga Jumaat) mengikut jadual waktu operasi berikut:
SYARAT KEMASUKAN TABIKA KEMAS
Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS adalah dibuka kepada:
- Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
- Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
- Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Sila bawa dokumen berikut semasa pendaftaran:
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
CARA DAFTAR TABIKA KEMAS 2023 SECARA ONLINE
Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2023 secara online boleh dibuat di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS di pautan berikut:
Sebelum membuat permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS, ibu bapa diminta untuk:
- Daftarkan profil kanak-kanak di PROFIL KELUARGA di MyDashboard Pengguna di Portal MyGovernment
- DAFTAR sebagai pengguna di laman enrol.kemas.gov.my
Bila dah selesai daftar, ibu bapa boleh LOG MASUK ke laman enrol.kemas.gov.my untuk buat permohonan.
- Klik BORANG PERMOHONAN dan pilih NOMBOR MYKID. Sekiranya tiada senarai NOMBOR MYKID untuk dipilih, anda diminta untuk mengemaskini PROFIL KELUARGA di MYDASHBOARD PENGGUNA
- Masukkan maklumat anak yang ingin didaftarkan ke dalam SENARAI PROFIL KELUARGA
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat seterusnya klik SIMPAN
- Buat pengesahan setelah selesai dan anda akan menerima notis permohonan berjaya.
Sila hantar dokumen yang lengkap bersama borang permohonan yang dicetak dalam masa 2 minggu selepas anda membuat pendaftaran secara online.
BORANG PENDAFTARAN TABIKA KEMAS
Sila lengkapkan Borang Pendaftaran TABIKA KEMAS di bawah untuk permohonan secara manual:
Bawa bersama senarai dokumen dinyatakan di atas ke TABIKA KEMAS berhampiran. Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran TABIKA KEMAS sesi 2023 anda boleh hubungi:
- Tel: 03 – 8891 2682
- Email: info@kemas.gov.my