PTPTN Login: Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN Akaun Baru & Lama
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan dengan tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan (IPT) tempatan.
Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.
Berikut adalah perkongsian mengenai syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN beserta cara pendaftaran permohonan PTPTN.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Antara syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.
PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online, anda mestilah membuat pendaftaran permohonan pinjaman terlebih dahulu.
Ikuti panduan berikut untuk langkah-langkah membuat pendaftaran permohonan pinjaman PTPTN.
Peminjam Baru
- Pergi ke capaian Pendaftaran Permohonan Pinjaman
- Pilih menu Pendaftaran Permohonan Pinjaman bagi peminjam baharu
- Lengkapkan maklumat Pendaftaran Baru yang diperlukan. Klik pada kotak tanda ada setuju dengan terma dan syarat dan tekan butang DAFTAR untuk proses seterusnya.
- Tekan butang Bayar untuk proses pembayaran.
- Pilih salah satu bank perbankan internet anda dan masukkan alamat emel anda yang sah. Klik pada kotak dan tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya.
- Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
- Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu selepas berjaya membuat pembayaran.
Pinjaman Kali Kedua Dan Seterusnya
- Pergi ke capaian Permohonan Pinjaman Kali Kedua dan Seterusnya
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda dan tekan butang Log Masuk.
- Klik pada Pendaftaran Baru (No. Pin BSN).
- Tekan butang Bayar untuk proses pembayaran.
- Pilih salah satu bank perbankan internet anda. Masukkan juga alamat emel anda yang sah. Klik kotak dan tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya.
- Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
- Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu selepas berjaya membuat pembayaran.
PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Setelah membuat pendaftaran permohonan pinjaman ptptn, anda boleh membuat permohonan pinjaman dengan panduan yang disediakan di bawah.
- Pergi ke capaian Permohonan Pinjaman.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda san tekan butang Log Masuk.
- Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu. Klik pada senarai pendaftaran yang berstatus BELUM LENGKAP.
- Sistem akan memaparkan pop-up Peringatan dan tekan butang OK
- Lengkapkan butiran peribadi seperti yang diminta. Tekan butang Simpan atau Simpan Dan Seterusnya untuk menyimpan maklumat yang diisi.
- Lengkapkan butiran pekerjaan pemohon. Tekan butang Simpan atau Simpan Dan Seterusnya untuk menyimpan maklumat. Tekan butang Padam sekiranya ingin mengemaskini semula maklumat.
- Lengkapkan butiran penjaga /pasangan. Tekan butang Simpan atau Simpan Dan Seterusnya untuk menyimpan maklumat.
- Lengkapkan butiran kursus. Tekan butang Simpan atau Simpan Dan Seterusnya untuk menyimpan maklumat.
- Sila buat pengesahan maklumat yang telah diisi dan pastikan maklumat tertera adalah tepat. Tekan butang YA untuk pengesahan atau butang TIDAK untuk semakan semula permohonan.
- Sila buat cetakan permohonan yang telah berjaya dihantar.
Siap! Permohonan pinjaman PTPTN anda telah berjaya. Selesai permohonan PTPTN secara online, anda boleh membuat semakan status permohonan PTPTN sama ada anda layak menerima pembiayaan PTPTN atau sebaliknya.
Sekiranya permohonan PTPTN berjaya, anda perlu membuka akaun simpanan mengikut panel bank yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN kerana pembiayaan pinjaman anda akan terus dikreditkan ke bank tersebut.
Sebarang maklumat dan keterangan lanjut mengenai permohonan pinjaman PTPTN, anda boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080445.