Adakah Semua Ahli Politik Akan Dapat Pencen? Ini Jawapannya!

Berikutan dengan kemelut politik negara serta pelantikan ahli-ahli kabinet yang baru baru-baru ini, pasti ramai yang tertanya-tanya adakah semua ahli politik akan menerima pencen atau tidak.

Adakah semua ahli politik akan dapat PENCEN?

Jawapannya ialah TIDAK. Untuk pengetahuan anda, ahli politik tidak menerima sebarang pencen bahkan penjawat awam lantikan politik (kontrak) juga tidak berpencen.

Ahli politik yang tidak menerima pencen di sini adalah mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sesebuah parti politik samada sebagai ahli biasa, pengikut mahupun pemimpin.

Jadi siapa yang layak untuk menerima pencen? Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ahli politik yang layak menerima pencen berdasarkan Akta 237.

SIAPA YANG LAYAK MENDAPAT PENCEN MENURUT AKTA 237 – PARLIMEN

Yang layak terima pencen ialah Ahli Dewan Rakyat (Ahli Parlimen), Ahli Dewan Negara (Senator) dan Anggota Pentadbiran (Anggota Kabinet).

1 Ahli Dewan Negara

Ahli Dewan Negara terdiri daripada individu-individu yang dilantik untuk bertindak sebagai satu kumpulan senat yang terdiri daripada 70 orang Senator. 26 daripadanya dipilih daripada pemilihan pengundian peringkat negeri sementara selebihnya dipilih dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri dengan nasihat Perdana Menteri.

Bagi setiap ahli Dewan Negara, elaun bulanannya adalah sebanyak RM11,000 sebulan.

2 Ahli Dewan Rakyat

Ahli Dewan Rakyat adalah mereka yang telah dilantik menerusi pilihanraya oleh proses undian dan digelarkan sebagai Ahli Parlimen. Di dalam Dewan Rakyat, semua Ahli Parlimen diberikan imuniti dan keistimewaan untuk berhujah tentang sesuatu topik tanpa rasa bimbang sebarang risiko dakwaan, sekiranya pada waktu tersebut mereka benarkan bersuara oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Tempoh bertugas mereka akan berakhir sehinggalah Dewan Rakyat dibubarkan dan elaun bulanan yang diterima adalah sebanyak RM16,000 sebulan.

3 Anggota Pentadbiran

Dalam kalangan anggota pentadbiran pula yakni mereka yang terpilih sebagai anggota kabinet mereka akan mendapat saraan tambahan untuk berkhidmat seperti berikut:

  1. Perdana Menteri (RM22,826.65)
  2. Timbalan Perdana Menteri (RM18,168.15)
  3. Menteri (RM14,970.20)
  4. Timbalan Menteri (RM10,847.65)
  5. Setiausaha Parlimen (RM7,187.40)

PENCEN AHLI PARLIMEN

Mana-mana Ahli Parlimen yang telah menyempurnakan perkhidmatan selama 36 tahun bulan perkhidmatan telah dianggap layak untuk diberikan skim pencen.

Sekiranya seseorang ahli itu dilantik sebagai anggota Parlimen pada atau selepas 1 Julai 1990, mereka perlulah berkhidmat selama 36 bulan dan mencapai umur 50 tahun untuk menerima pencen Ahli Parlimen.

Pencen ini akan dibayar selagi mana hayat ahli Parlimen tersebut berlangsung, namun bayaran pencen boleh dihentikan jika mereka kembali menjadi Ahli Parlimen semula selepas bersara dan menerima elaun bulanan Ahli Parlimen.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjawab semua persoalan anda mengenai persaraan ahli politik dan ahli parlimen.

Anda juga boleh download Akta 237 Parlimen ini untuk rujukan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma