Tarikh Penangguhan Urus Niaga ASNB Di Seluruh Negara Bermula 21 Disember 2022

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah memaklumkan tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 21 Disember hingga 31 Disember 2022.

Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2023. Manakala saluran lain akan dibuka semula pada 3 Januari 2023. Orang ramai yang ingin berurusan dengan ASNB dinasihatkan untuk buat urusan segera sebelum tarikh penangguhan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut makluman penangguhan urus niaga ASNB.

TEMPOH PENANGGUHAN & TARIKH AKHIR URUSAN

Berikut adalah tarikh penangguhan urus niaga ASNB sepanjang bulan Disember 2022 dan Januari 2023:

Tempoh Penangguhan

  • MyASNB, Platform Digital, Kaunter ASNB & Ejen: 22 Disember hingga 31 Disember 2022
  • Transaksi penukaran: 21 Disember hingga 31 Disember 2022

Pembukaan Semula

  • MyASNB, Platform Digital & Kiosk: 1 Januari 2023
  • Kaunter ASNB & Ejen: 3 Januari 2023

Rujuk: Panduan Pengeluaran Duit ASB Secara Online Tanpa Ke Kaunter. Had Pengeluaran Kini RM2,000 Sebulan

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urus niaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat emel di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Baca juga: MyASNB: Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma