Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal Ditangguhkan

Berikutan pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) tentang penangguhan tarikh permulaan sesi persekolahan Penggal 3, 2021/2022 selama seminggu, pelaksanaan UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal yang dijadualkan telah ditangguhkan ke tarikh baharu!

Ibu bapa dan calon-calon yang bakal duduki ujian-ujian bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 MRSM diminta untuk ambil perhatian dengan tarikh baru setelah penangguhan yang diumumkan oleh MARA ini.

Rujuk: Jadual Pendaftaran & Pengoperasian MRSM Penggal Ketiga Sesi 2021/2022 Semua Negeri

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penangguhan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal.

PENANGGUHAN UJIAN KEMASUKAN MRSM

Penangguhan ujian kemasukan MRSM adalah melibatkan ujian berikut:

  • Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Ujian Khas Ulul Albab
  • Ujian Teknikal

TARIKH BARU UJIAN KEMASUKAN MRSM 2022

Sebelum ini, ujian kemasukan MRSM adalah dijadualkan pada:

  • Tarikh asal: 7 hingga 9 Januari 2022

Kini, tarikh tersebut adalah DITANGGUHKAN kepada:

  • Tarikh baru ujian kemasukan MRSM: AKAN DIKEMASKINI

Tarikh tersebut ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan nanti.

PEMAKLUMAN PENANGGUHAN MARA

MARA akan memaklumkan penangguhan ujian kepada calon yang terlibat melalui:

  • Pemakluman penangguhan ujian: Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Calon dikehendaki untuk mencetak semula surat panggilan UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian teknikal.  Calon yang terlibat juga boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan penangguhan ujian melalui Portal MARA dan media sosial MARA (Facebook, Twitter dan Instagram) atau hubungi talian 03-2613 4531/ 32/ 33/ 17/ 78/ 34494.

Baca juga: Format Terkini Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 & 4

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

Semua calon MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4  wajib duduki ujian kecenderungan kemasukan yang merangkumi:

  1. Matematik – 20 soalan objektif
  2. Bahasa Inggeris – 15 soalan objektif
  3. Sains – 30 soalan objektif
  4. Keperibadian – 100 soalan objektif
  5. Ujian khas Ulul Albab tingkatan 1 – ujian hafazan & tulisan jawi (bagi calon program Ulul Albab)

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

You might also like

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma