Hebahan Penangguhan Ujian Pemeriksaan Fizikal Konstabel Polis Gred YA1 Siri 2/2020

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Julai – Ogos lalu telah membuka permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 bagi lepasan SPM atau SVM yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Namun, disebabkan masalah penularan wabak Covid-19 yang kini semakin meningkat dan demi menjaga keselamatan semua petugas dan calon yang bakal menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal yang telah ditetapkan, Unit Pengambilan PDRM mengambil keputusan untuk menangguhkan ujian tersebut.

Berikut adalah maklumat lanjut penangguhan Ujian Pemeriksaan Fizikal Konstabel Polis Gred YA1.

PENANGGUHAN EKSESAIS UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL

Hebahan penangguhan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal adalah bagi calon yang memohon jawatan Konstabel Polis Gred YA 1 (Lelaki) Siri 2/2020.

Semua calon Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) yang telah menerima surat panggilan Ujian Pemeriksaan Fizikal bertarikh 12 Oktober 2020 hingga 7 November 2020 melalui Sistem e-pengambilan PDRM adalah dibatalkan.

Semua calon dikehendaki melakukan semakan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal terkini dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2021.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi help desk di talian 03-22668348/8350/8351.

Baca juga: Senarai Jawatan Suruhanjaya Pasukan Polis Dalam SPA Yang Boleh Anda Mohon

Hebahan Penangguhan Ujian Pemeriksaan Fizikal Konstabel Polis Gred YA1 Siri 2/2020

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma