AEON Credit Lanjutkan Lagi Penangguhan Pembayaran Bulanan, Kecuali Bagi Pinjaman Kad Kredit

Merujuk kepada pengumuman perpanjangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan pada 23 April 2020, AEON Credit Service (M) Berhad akan meneruskan penangguhan pembayaran selama satu bulan lagi (1 Mei hingga 31 Mei 2020) khas kepada para pelanggan bagi pelbagai produk pinjaman kecuali kad kredit yang telahpun diaktifkan untuk semua pelanggan pada 1 April 2020.

Pelanjutan penangguhan pembayaran AEON Credit ini adalah bertujuan untuk terus membantu meringankan beban kewangan para pelanggan AEON Credit yang kebanyakannya terkesan oleh wabak COVID-19.

Berita ini telah dikongsikan di laman rasmi Facebook AEON Credit Service (M) Bhd.

JENIS AKAUN YANG LAYAK DAPAT PENANGGUHAN BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, semua akaun aktif layak untuk penangguhan pembayaran ini kecuali untuk akaun yang melebihi 90 hari/3 bulan dalam pembayaran tertunggak pada April 2020. Akaun yang layak untuk program ini adalah:

  • Pembiayaan Objektif
  • Pembiayaan Peribadi
  • Pembiayaan Motosikal
  • Pembiayaan Auto

Pelanggan tidak perlu membuat permohonan untuk penangguhan bayaran ini. Ia akan didaftarkan secara automatik untuk akaun yang aktif (tidak melebihi 3 bulan tunggakan/jatuh tempoh pada 1 April 2020). Akaun yang layak akan didaftarkan secara automatik dalam program ini.

Selepas tamat tempoh penangguhan bayaran, pelanggan perlu membuat bayaran seperti biasa. Pembayaran balik pinjaman anda akan ditangguhkan selama 2 bulan dari 1 April 2020 hingga 31 May 2020. Anda boleh meneruskan pembayaran berdasarkan tarikh akhir anda pada bulan Jun 2020.

Jika anda masih berdepan dengan masalah kewangan, anda boleh hubungi Jabatan Pengurusan Kredit AEON di talian 03-5629 8888 dan bercakap dengan pegawai untuk bantuan. Anda juga boleh emelkan masalah anda ke customer.service@aeoncredit.com.my.

Maklumat terperinci mengenai perkara ini boleh didapati di Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuatnaik di laman web AEON Credit.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma