Senarai Penambahbaikan Program PenjanaKerjaya Bagi Memberi Lebih Peluang Pekerjaan
Dalam pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan tidak melupakan golongan pencari kerja yang menganggur tidak kira dari golongan graduan ataupun yang dibuang kerja. Antara inisiatif yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam 2021 dalam memperkasakan golongan ini adalah dengan membuat penambahbaikan program PenjanaKerjaya.
Program PenjanaKerjaya kini sedang berjalan seperti biasa, namun bagi membolehkan lebih ramai pencari kerja mendapat tawaran kerja, kerajaan telah menyediakan strategi penambahbaikan ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai penambahbaikan program PenjanaKerjaya yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan.
Isi Kandungan
PENAMBAHBAIKAN PROGRAM PENJANAKERJAYA
Peruntukan RM2 Bilion Untuk Pengambilan Pekerja
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion untuk menyediakan beberapa inisiatif yang dianggarkan akan menyediakan 250,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja.
Pembukaan Semula Ekonomi & Pelaksanaan Pakej PRIHATIN & PENJANA
Kerajaan bercadang untuk membuat pembukaan semula ekonomi & pelaksanaan pakej PRIHATIN dan PENJANA bagi mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
Setakat ini, kerajaan telah berjaya menurunkan kadar pengangguran dari 5.3% (Mei 2020) kepada 4.7% (Ogos 2020). Kerajaan menjangkakan kadar pengangguran akan berkurang lagi dengan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan.
Insentif Tambahan 40% + 20%
Insentif tambahan akan diberikan kepada majikan bagi menggalakkan pengambilan pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan perladangan. Insentif tambahan adalah sebanyak 40% + 20%.
Insentif 40% Gaji Bulanan Pekerja
Bagi memberi galakan kepada majikan untuk terus mengambil pekerja dan mengekalkan pekerja, kerajaan memperkenalkan satu bentuk insentif kepada pekerja dan majikan seperti berikut:
- Insentif 40% gaji bulanan pekerja terhad kepada nilai maksimum sebanyak RM4000 sebulan.
CARA DAFTAR MYFUTUREJOBS PENJANAKERJAYA
Bagi penganggur yang sedang mencari kerja, anda digalakkan untuk membuat permohonan kerja melalui MyFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya untuk menerima manfaat-manfaat akan datang. Peluang pekerjaan akan menjadi lebih cerah dengan pelaksanaan inisiatif oleh kerajaan ini.
Klik pautan di bawah untuk daftar MyFutureJobs dan cari kerja:
Semoga bermanfaat!