KPM Umum Penambahan Pengambilan Lebih 5,000 Calon Guru
Berita baik buat calon-calon lepasan ijazah yang berminat nak jadi guru! Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan akan menambah jumlah pengambilan guru melebihi 5,000 orang bermula tahun ini berbanding pengambilan sekitar 4,000 hingga 5,000 guru sebelum ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata kebiasaannya setiap tahun pengambilan guru sekitar 4,000 atau 5,000 orang, namun KPM menukar pendekatan kepada sistem kluster dengan meningkatkan jumlah pengambilan guru.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan penambahan pengambilan guru tersebut.
Isi Kandungan
PENGAMBILAN LEBIH RAMAI GURU DARIPADA SEBELUM INI
Sewaktu Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi masuk ke kementerian, kekosongan guru pada masa itu sebanyak 18,702 orang dan selepas kita buat pengambilan ‘one-off’ kita dapat mengambil lebih 16,000 orang iaitu 88 peratus daripada keseluruhan.
KPM sedang ikhtiar bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk pengambilan lebih ramai guru daripada sebelum ini. Jumlahnya kita jangka akan lebih daripada sebelum COVID-19.
Baca juga: “Cikgu” Ini Kongsi 3 Kaedah Mohon Jadi Guru Ganti Tanpa Melalui MySPP
ISU KEKURANGAN GURU
Antara isu yang menyebabkan kekurangan guru adalah:
- berlaku pengambilan guru yang tertangguh atau ‘backlog’
- ‘mismatch’ antara opsyen graduan yang keluar dengan opsyen yang kosong di sekolah.
Sebab itu, buat pertama kali dalam sejarah KPM memperkenalkan pengambilan berdasarkan kluster mata pelajaran. Pihak kementerian juga kini sedang berbincang berhubung pendekatan sekiranya graduan fizik boleh juga mengajar matematik.
Media sebelum ini melaporkan, KPM memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran bagi pengambilan guru secara one-off supaya dapat membuka peluang kepada lebih ramai graduan memohon berdasarkan kepada pemetaan Ijazah Sarjana Muda dengan mata pelajaran yang bersesuaian.
CARA DAFTAR MYSPP
Untuk mengisi permohonan jawatan di mySPP, pemohon perlu mendapatkan MyID untuk log masuk. ID pengguna dan kata laluan JobsMalaysia tidak lagi boleh digunakan.
Berikut adalah panduan untuk mendaftar mySPP untuk permohonan jawatan guru baharu:
- Layari laman web rasmi mySPP
- MyID adalah nombor kad pengenalan anda.
- Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID dan kata laluan baharu sebelum mengisi mySPP.
- Klik DAFTAR AKAUN BAHARU
- Lengkapkan borang pendaftaran yang dipaparkan dan klik DAFTAR
- Pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temuduga.
- Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID,
sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Baca juga: Bagaimana Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Melalui MySPP (Guru/Pensyarah)