Tips Pemilihan Warna Yang Sesuai Dalam Resume Untuk Kelihatan Profesional & Kreatif

Tahu tak, pemilihan warna yang sesuai dalam resume adalah penting bagi memberikan kesan yang positif kepada pemohon. Jika hitam putih menampakkan resume anda kelihatan profesional, penggunaan warna yang lain pula menunjukkan anda seorang yang kreatif.

Namun, nak pilih warna bukan boleh main pilih sahaja! Warna yang dipilih mestilah sesuai, dan dipadankan dengan betul bagi menarik perhatian majikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan tips pemilihan warna dalam resume.

TIPS PEMILIHAN WARNA RESUME

Minimum 3 Warna

Untuk resume yang menarik anda digalakkan untuk menggunakan minimum 3 warna ke dalam resume anda. Jika anda ingin gunakan lebih daripada 3 warna dalam resume, pastikan warna yang dipilih adalah sesuai yang tidak terlalu kontra sehingga kelihatan seperti kanak-kanak pula. Pastikan seimbang!

Jangan pula pilih terlalu sedikit warna dalam resume sehingga resume anda kelihatan ‘sendu’ dan tidak menarik. Ini contoh resume yang tidak menarik perhatian dan resume yang lebih menarik:

Tips Pemilihan Warna Yang Sesuai Dalam Resume Untuk Kelihatan Profesional & Kreatif

Pilih Warna Yang Sesuai

Dalam memilih warna resume, pastikan anda gadubngkan warna yang sesuai. Permainan warna adalah penting dalam resume agar resume anda tidak kelihatan seperti sarkas ataupun serabut. Ini contoh warna yang dicadangkan:

  • Hijau
  • Hitam
  • Putih
  • Biru
  • Merah
  • Biru
  • Oren

Jika anda nak guna banyak warna, ini contoh resume menarik menggunakan banyak warna yang boleh dijadikan contoh:

Tips Pemilihan Warna Yang Sesuai Dalam Resume Untuk Kelihatan Profesional & Kreatif

Sepadankan Dengan Jenis Jawatan Yang Dipohon

Keperibadian dan watak yang anda tunjukkan dalam resume dapat membantu majikan dan pengurus sumber manusia adakah anda sesuai dengan kehendak mereka. Sekiranya anda memohon kerja dalam bidang kreatif seperti pereka grafik, pelukis animasi, pereka dalaman dan lain-lain, pastikan resume anda bukan yang biasa-biasa. Majikan dapat menilai kreativiti anda melalui resume yang anda hantar.

Ini contoh resume bidang kreatif yang boleh dijadikan contoh:

Tips Pemilihan Warna Yang Sesuai Dalam Resume Untuk Kelihatan Profesional & Kreatif

Tips Pemilihan Warna Yang Sesuai Dalam Resume Untuk Kelihatan Profesional & Kreatif

Jika anda mohon untuk jawatan bukan dalam bidang kreatif pun tidak salah jika anda hasilkan resume yang kreatif untuk tarik perhatian majikan.

PENGGUNAAN WARNA HITAM PUTIH DALAM RESUME

Dalam beberapa situasi, penggunaan hitam dan putih boleh menjadi lebih berkesan daripada warna dalam resume. Berikut adalah cadangan untuk penggunaan warna hitam putih dalam resume:

Kekurangan Pengalaman Reka Bentuk

Menggunakan warna hitam dan putih lebih mudah dan sederhana daripada  menggunakan warna. Ini juga membolehkan anda memberi tumpuan kepada kandungan anda tanpa gangguan atau elemen yang kompleks.

Sekiranya isi kandungan disusun dengan baik dan resume ditulis dengan baik, ia tetap akan menarik perhatian dan berkesan walaupun tiada warna.

Permohonan Secara Online

Salah satu kelemahan penggunakan warna dalam resume untuk permohonan kerja secara online adalah kemungkinan reka bentuk menjadi rosak atau berubah ketika anda menghantar resume. Pertimbangkan juga sekiranya resume anda di imbas menggunakan sistem ATS, resume berwarna-warni mungkin berubah ketika dibuka di skrin orang lain.

Sekiranya warna berubah, ayat anda mungkin sukar untuk dibaca. Sekiranya anda menggunakan hitam dan putih atau kelabu, anda boleh mengelakkan masalah ini sepenuhnya. Ini contoh resume hitam putih yang menarik:

Tips Pemilihan Warna Yang Sesuai Dalam Resume Untuk Kelihatan Profesional & Kreatif

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan warna yang sesuai untuk resume anda bagi menghasilkan resume yang menarik perhatian majikan. Sesuaikan dengan jawatan yang dipohon untuk tonjolkan kebolehan anda dan membolehkan majikan fokus pada maklumat tentang diri anda yang mereka inginkan untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma