I-PUSH: Tawaran Pembiayaan Usahawan Mikro Tanpa Faedah Sehingga RM10,000

Seperti yang dimaklum, Skim I-PUSH merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 dengan peruntukan sejumlah RM20 juta. Secara keseluruhan, Skim I-PUSH yang  dilaksanakan pada tahun 2022 dapat memanfaatkan lebih 2,500 penerima (usahawan mikro) yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Kerajaan Negeri Pahang telah memaklumkan telah membuka permohonan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (Skim i-PUSH) bagi Fasa 2.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan ditawarkan dan panduan buat permohonan. Menariknya pembiayaan ini adalah pembayaran balik yang dikenakan adalah tanpa faedah dan penawaran moratorium setahun termasuk tiada caj tambahan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi Skim i-PUSH Fasa 2 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Disember 2022 hingga 14 Disember 2022

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

  • Nama pembiayaan: Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH)
  • Inisiatif oleh: Kerajaan Negeri Pahang
  • Jumlah pembiayaan: Antara 3,000 sehingga RM10,000
  • Faedah pembayaran balik: Pengecualian faedah 5 tahun tempoh pembiayaan termasuk tahun pertama moratorium diberikan

TEMPOH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bagi Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-PUSH) akan dibuka pada:

  • Mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 2022

Ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan Negeri dapat mengemukakan permohonan masing-masing

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka kepada usahawan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia khusus rakyat Pahang
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Menjalankan perniagaan melebihi setahun
  • Mempunyai lesen perniagaan/ Permit sementara OBT
  • Bermastautin di Negeri Pahang Melebihi 10 tahun
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Tidak Bankrap
  • Golongan B40
  • Keutamaan diberikan kepada peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19
  • First Come First Serve Basis

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan boleh dibuat dengan memuat naik dokumen berikut:

  • Gambar berukuran pasport
  • Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  • Sijil SSM
  • Lesen Perniagaan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan pembiayaan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, pastikan anda hantar permohonan dalam tempoh permohonan yang ditetapkan. Pemohon Skim I-PUSH boleh merujuk Panduan Permohonan I-PUSH yang dimuat naik di portal rasmi berikut:

Kerajaan Negeri Pahang sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited membantu usahawan terjejas bagi menjamin kesejahteraan Rakyat Pahang.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma