Permohonan Skim Pembiayaan National National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) Kini Dibuka

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengumumkan permohonan untuk menyertai National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) MOSTI kini dibuka. Syarikat pemula teknologi kini boleh mula memohon empat jenis skim pembiayaan yang ditawarkan.

Peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk NTIS bagi membantu proses pendigitalan negara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai jenis skim pembiayaan yang disediakan dan cara membuat permohonan skim.

OBJEKTIF PEMBIAYAAN NTIS

Objektif skim pembiayaan NTIS yang disediakan ini adalah:

  • Untuk memacu perkembangan bakat sehingga negara mencapai potensi menjadi negara berteknologi tinggi
  • Menyediakan laluan alternatif untuk menyelesaian masalah teknologi tempatan mengakses perolehan pasaran
  • Meningkatkan produktiviti sektor melalui penggunaan teknologi canggih
  • Meningkatkan platform infrastruktur dan teknologi digital Malaysia
  • Meningkatkan kadar inovasi dan pengkomersialan

JENIS SKIM PEMBIAYAAN NTIS

Antara jenis pembiayaan yang ditawarkan adalah:

  • Single Site Sandbox
    Pembiayaan maksimum sebanyak RM250,000 dalam bentuk geran sepenuhnya dan penyelesaian sandbox di lokasi tunggal.
  • Multi-Site Sandbox
    Pembiayaan maksimum sebanyak RM500,000 dalam bentuk geran separa (70 peratus) untuk membiayai kos penyelesaian sandbox di pelbagai lokasi.
  • Skim Pengkomersialan
    Pembiayaan maksimum RM4 juta dalam bentuk dana hibrid, geran dan nota janji boleh ubah untuk membiayai kos pengkomersialan penyelesaian sandbox.
  • Padanan Dana dengan Pelabur/ Syarikat Korporat
    Peruntukan maksimum RM15 juta sebagai dana padanan dengan pelabur dan syarikat korporat.

Instrumen pembiayaan akan tertakluk kepada persetujuan antara MTDC (Malaysia Technology Development Corporation) serta pelabur dan syarikat korporat yang terlibat

SEKTOR SASARAN

Sasaran sektor untuk program pembiayaan NTIS adalah:

  • Teknologi Perubatan & Kesihatan
  • Industri Pelancongan
  • Industri Perkilangan
  • Pertanian
  • Pendidikan

TEKNOLOGI YANG LAYAK

NTIS membuka permohonan kepada semua jenis teknologi, namun keutamaan diberikan kepada teknologi berikut:

  1. 5G/6G
  2.  Sensor Tech
  3. 4d/5d printing
  4. Advanced Material
  5. Advanced Intelligent Systems
  6. Augmented Analytics & Data Recovery
  7. Blockchain
  8. Neuro Tech
  9. Bioscience Tech
  10. Robotic
  11. Manufacturing Tech
  12. Electrical & Electronics
  13. Cybersecurity & Encryption
  14. Drones

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan adalah:

  • Warganegara Malaysia dan merupakan pemilik syarikat
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Syarikat Luar Negara yang bekerjasama dengan syarikat Malaysia
  • Merupakan Technology Readiness Level (TRL) of 6 (Commercial Ready Prototype) dan ke atas
  • Mempunyai bukti pemilikan teknologi dan kebenaran penggunaan teknologi
  • Mempunyai masalah berkaitan dengan akses atau pasaran

CARA MEMOHON

Permohonan boleh mula dilakukan secara atas talian di pautan berikut:

Klik pada Solution Provider dan pilih Sign Up untuk mula membuat permohonan.

Permohonan Skim Pembiayaan National National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) Kini Dibuka

Permohonan akan diproses secara berperingkat. Setiap permohonan memerlukan tempoh selama 31 hari bekerja dan bergantung pada maklumat yang diterima. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui email.

Untuk maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan NTIS, anda boleh hubungi talian 03 8324 4829 atau emel ke ntis.enquiries@sandbox.gov.my.  Anda juga boleh rujuk terus ke laman web NTIS.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma