Pembiayaan RM5,000 Ditawarkan Buat Pengusaha Pelancongan & Rider Di Kedah

Kerajaan Negeri Kedah menawarkan pinjaman mudah tanpa faedah kepada pengusaha pelancongan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19 sejak tahun lepas.

Pinjaman berkenaan akan diuruskan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) dan bayaran tunai dalam jumlah yang dipohon akan terus dikreditkan ke akaun pemohon yang berjaya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan yang ditawarkan.

GOLONGAN YANG LAYAK

Pembiayaan adalah ditawarkan kepada:

  • Pengusaha pelancongan
  • Penghantar makanan (rider) terpilih

PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN

Pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak:

  • RM5,000

Namun pemohon boleh mohon kurang daripada jumlah itu, cuma tidak boleh lebih kerana had pembiayaan adalah RM5,000 sahaja.

TABUNG KHAS WANITA (TKW) BANTUAN MODAL RM500

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor juga telah meluluskan bagi bantuan modal menerusi Tabung Khas Wanita (TKW) Negeri Kedah untuk semua pemohon yang layak sebanyak:

  • RM500 setiap orang

CARA MOHON

Pengusaha pelancongan dan rider yang memerlukan pembiayaan tanpa faedah yang ditawarkan boleh membuat permohonan dengan melayari:

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pinjaman tanpa faedah yang ditawarkan boleh hubungi Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) di talian berikut:

  • Tel: 04 735 0069/ 04 7350120
  • Email: ypy@kedah.gov.my

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma