Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini mempelawa Warganegara yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 bagi tahun 2020.

Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan jawatan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Taraf Jawatan: Kontrak

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk membuat permohonan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memenuhi kelayakan berikut:
    i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00);
    ii) SPM atau kelayakan diiktiraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan  (gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,407.40); atau
    iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1464.80); dan
    iv) Syarat Bahasa Malaysia – Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat SPM/ SIjil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, pengalaman kerja call center, boleh bekerja dalam kumpulan, teliti dan bersedia menjalankan arahan kerja lebih masa akan diberi keutamaan untuk dipanggil dalam sesi temuduga.

BIDANG TUGAS

Berikut adalah bidang tugas bagi jawatan yang ditawarkan:

  • Menjalankan tugas-tugas pengkeranian selaras dengan fungsi tugas bahagian yang berkenaan
  • Membantu menyemak, memproses, menyediakan, mengendali dan menghantar sijil-sijil dan kad-kad keahlian yang berkaitan dengan semua permohonan Teknologis Berijazah, Juruteknik Berkelayakan, Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah
  • Membantu dalam proses pembersihan data bagi penyediaan kad keahlian MBOT
  • Menguruskan penetapan hari kutipan mel & kurier dengan Pos Malaysia
  • Melaksanakan urusan penghantaran dan penghantaran semula bagi mel & kurier yang dikembalikan kepada MBOT
  • Membantu menjawab dan memberi maklum balas bagi setiap pertanyaan dan aduan
  • Membantu mengemas kini maklumat pemohon pada sistem dalam talian MBOT
  • Membantu pelawat mendapatkan dan menyalurkan semula maklumat dan maklum balas berkaitan operasi dan fungsi serta peranan MBOT
  • bertugas di pameran-pameran yang melibatkan MBOT
  • Membantu dalam penyediaan bahan-bahan di galeri pameran
  • Membantu mengedarkan risalah MBOT dan memberi penerangan berkenaan MBOT dalam pameran
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat untuk memohon boleh mengemukakan permohonan beserta satu (1) salinan curriculum vitae (CV) terkini ke alamat emel hr@mbot.org.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2020 (Rabu). Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan ke alamat emel hr@mbot.org.my atau m.safwan@mbot.org.my.

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma