Tips Pemakaian Lengkap Buat Calon Lelaki Untuk Hadir Temuduga Yang Pasti Menarik Minat Penemuduga

Nak hadir temuduga perkara pertama yang perlu calon fikir adalah susunan sijil dan dokumen mesti betul! Bagi yang masih tidak tahu susunan yang betul, anda boleh rujuk DI SINI. Jangan main susun saja dokumen yang akan diberi kepada penemuduga nanti. Silap susun, mungkin akan menyebabkan calon GAGAL temuduga.

Bila dah settle susun sijil dan hampir tiba masanya untuk hadir temuduga, satu lagi masalah yang menjadi dilema calon. Iaitu APA YANG NAK DIPAKAI UNTUK TEMUDUGA? Selalunya calon lelaki ni last minute baru nak fikir kan?

Baca juga: Tips Pemilihan Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Calon Wanita Hadir Temuduga

Jangan main pakai saja! Kerana penampilan calon adalah salah satu aspek yang menjadi penilaian dalam temuduga nanti. Bagi yang tak tahu nak pakai apa, ini tips untuk anda.

TIP PEMAKAIAN UNTUK CALON LELAKI HADIR TEMUDUGA

Kemeja

Sesetengah lelaki kan suka pakai kemeja yang ketat yang kononnya nampak macho. Jangan sesekali pakai kemeja ketat untuk ke temuduga! Pakai yang selesa dan tidak terlalu ketat ataupun terlalu longgar yang menampakkan calon tidak kemas.

Pilih kemeja yang kosong tanpa sebarang corak dan untuk pemilihan warna yang selamat, calon boleh pilih kemeja berwarna putih, navy blue atau pink lembut dan padankan dengan warna seluar anda.

Tips Pemakaian Lengkap Buat Calon Lelaki Untuk Hadir Temuduga Yang Pasti Menarik Minat Penemuduga

Blazer

Perlu ke pakai blazer untuk temuduga? Untuk makluman anda, blazer bukanlah pakaian yang wajib dipakai ketika temuduga. Sekiranya anda ingin pakai blazer, anda dinasihatkan untuk pakai dengan betul dan padankan dengan warna seluar dan kemeja anda.

Jika nak selamat, pilih blazer yang berwarna hitam. Jangan bermain terlalu banyak warna dalam memilih seluar, kemeja dan blazer. Lebih baik jika hanya bermain dengan 2 warna sahaja.

Tips Pemakaian Lengkap Buat Calon Lelaki Untuk Hadir Temuduga Yang Pasti Menarik Minat Penemuduga

Jenis Seluar

Peringatan penting untuk anda! Jangan sesekali pakai seluar jeans ketika temuduga! Pilih seluar slack yang tidak terlalu fit atau skinny. Pastikan seluar yang dipakai nanti selesa. Tidak terlalu ketat, tidak terlalu besar.

3 jenis potongan seluar slack yang sesuai dipakai ketika temuduga adalah:

  • Double Pleat – Sesuai untuk berbadan besar
  • Single Pleat – Sesuai untuk berbadan sederhana dan kecil
  • Flat Front – Sesuai untuk berbadan kecil

Sebaiknya pilih seluar yang berwarna gelap dan tidak terlalu terang. Macam biasa, nak selamat pilih warna hitam atau navy blue. Pastikan sesuai dengan blazer yang dipadankan (sekiranya pakai).

Tips Pemakaian Lengkap Buat Calon Lelaki Untuk Hadir Temuduga Yang Pasti Menarik Minat Penemuduga

Jam Tangan

Perlu ke pakai jam tangan untuk ke temuduga? Bagi yang tidak biasa memakai jam tangan, anda dinasihatkan untuk pakai apabila hadir temuduga. Individu yang memakai jam tangan ini melambangkan seorang yang tepati masa tau!

Jenis jam tangan yang sesuai dipakai adalah jenis profesional dan nampak formal seperti yang jenis bertali kulit ataupun jam beli. Elakkan memakai jam tangan jenis sport atau bertali getah yang berwarna warni.

Tips Pemakaian Lengkap Buat Calon Lelaki Untuk Hadir Temuduga Yang Pasti Menarik Minat Penemuduga

Tali Leher

Bagi yang tak biasa memakai tali leher pastikan ikatan tali leher anda kemas nanti dan juga pemilihan warna adalah sesuai dengan  kemeja yang dipakai. Sekiranya anda memakai kemeja berwarna putih, anda boleh pilih warna biru atau hitam dengan corak yang kecil/simple dan tidak berwarna warni.

Untuk lebih selamat, anda boleh pakai tali leher yang kosong tanpa corak. Jangan sesekali pilih warna neon yang membuatkan penemuduga terkejut!

Tips Pemakaian Lengkap Buat Calon Lelaki Untuk Hadir Temuduga Yang Pasti Menarik Minat Penemuduga

Stokin Dan Kasut

Jangan sesekali pakai stokin yang berwarna warni atau bercorak. Sesuaikan stokin yang kosong dengan kasut yang berwarna hitam atau dark brown. Seeloknya pakai kasut jenis kulit. Elakkan memakai kasut sport dan pilih kasut yang sesuai.

Tips Pemakaian Lengkap Buat Calon Lelaki Untuk Hadir Temuduga Yang Pasti Menarik Minat Penemuduga

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon lelaki yang bakal hadiri temuduga tidak kira dalam sektor swasta atau awam dalam membuat pemilihan pakaian yang betul. Ingat, penampilan calon adalah menggambarkan perwatakan sebenar calon. jangan biarkan penampilan anda semasa temuduga menjadi punca temuduga anda hancur.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma