Iklan Jawatan Kosong LHDNM 2020 Terbuka Seluruh Negeri

Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) kini membuka tawaran kerja kosong bagi warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat. Permohonan dibuka sehingga 16 Oktober 2020 secara atas talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan jawatan yang ditawarkan.

Isi Kandungan

MAKLUMAT JAWATAN

LHDN membuka permohonan untuk jawatan seperti berikut:

  • Jawatan: Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41
  • Taraf: Jawatan tetap
  • Gaji ditawarkan: RM3,335.00

SYARAT KELAYAKAN

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

  • Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.

  • Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat bertaraf tetap layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:
    a) Mempunyai kelayakan minimum seperti di atas; dan
    b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam jawatan sekarang.

  • Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara KontrakBergaji Bulanan dan Kontrak Bergaji Harian layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai kelayakan memohon seperti di atas.

BIDANG TUGAS

Menjalankan tugas pemungutan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 termasuklah:

  • Menjalankan operasi pematuhan cukai melalui pelaksanaan audit yang berkesan, menyelaras operasi dan tinjauan ke zon ekonomi.
  • Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan dan  pembayaran balik.
  • Melaksanakan tugas pungutan yang merangkumi pengumpulan dan pemulihan cukai, pengembalian dana, panggilan luar dan hal ehwal berkaitan pungutan.
  • Merancang program pendidikan cukai dengan penyediaan bahan pendidikan cukai kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh mohon secara online sebelum 16 Oktober 2020.

Permohonan daripada calon luar, pegawai LHDNM bertaraf Kontrak Bergaji Harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL:

Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf Tetap dan Kontrak Bergaji Bulanan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL:

Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di Sistem Pengurusan Insan (SPI) adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat. 

Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma