Peluang Kerja Sektor Awam & GLC Melalui Program MySTEP. 50,000 Kekosongan Bakal Disediakan
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada November tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja atau menganggur dengan peruntukan lebih RM700 juta.
Inisiatif tersebut diperkenal dengan nama MySTEP atau Short-term Employment Programme. Bagi graduan dan individu yang dibuang kerja, jangan lepaskan peluang ini, inilah masanya untuk anda dapatkan kerja dengan peluang yang ada.
Kini beberapa jawatan di bawah program MySTEP telah diperkenalkan, anda boleh mohon sekarang dan dapatkan maklumat lanjut program MySTEP di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PROGRAM MYSTEP
Untuk makluman anda, inisiatif ini merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya.
Kerajaan juga telah bersetuju supaya tempoh perkhidmatan Personel MySTEP adalah:
- Tempoh MySTEP: 1 tahun
50,000 PELUANG PEKERJAAN DITAWARKAN
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif ini menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula Januari 2021.
Peluang Pekerjaan Sektor Awam
Di bawah inisiatif MySTEP, 35000 peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi perjawatan seperti:
- Jururawat
- Atendan Perubatan
- Pegawai Kebajikan Masyarakat
- Guru Sementara
Peluang Pekerjaan Syarikat GLC
Syarikat GLC pula menyediakan 15000 peluang pekerjaan yang mengutamakan:
- Bidang teknikal dan kewangan
- Turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantisan
KELEBIHAN INISIATIF MYSTEP
Ramai yang pandang sepi tentang program MyStep kerana program ini merupakan program jangka pendek. Tetapi sebenarnya banyak kelebihan lain seperti:
- Peluang bekerja dengan kerajaan dan GLC besar
- Berpeluang sambung perkhidmatan jika prestasi baik sepanjang program
- Elaun bulanan dan pelbagai kemudahan disediakan
- Peluang cari ilmu baru dalam pekerjaan terutama fresh gradate yang masih belum ada pengalaman
- Boleh jadikan pengalaman kerja yang boleh dikemaskini dalam resume
KADAR ELAUN BULANAN DITERIMA
Pekerja di bawah program MyStep juga akan menerima kadar elaun bulanan termasuk caruman PERSEKO dan KWSP seperti berikut:
Selain elaun bulanan, kemudahan seperti berikut juga akan diberikan:
CARA MOHON PROGRAM MYSTEP
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kerja melalui program MySTEP, anda boleh mohon sekarang mengikut edaran iklan pengambilan yang ditawarkan dari masa ke semasa, contohnya seperti berikut:
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- Tarikh tutup permohonan: 29 Januari 2021
Untuk info lanjut jawatan Personel MySTEP yang ditawarkan di JPM, rujuk iklan penuh berikut:
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS)
- Tarikh tutup permohonan: 29 Januari 2021
Untuk info lanjut jawatan Personel MySTEP yang ditawarkan di KBS, rujuk iklan penuh berikut:
Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Tarikh tutup permohonan: 27 Januari 2021
- Tempoh 6 – 10 bulan
Untuk info lanjut jawatan Personel MySTEP yang ditawarkan di JKR, rujuk iklan penuh berikut:
Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Tarikh tutup permohonan: 25 Januari 2021
Untuk info lanjut jawatan Personel MySTEP yang ditawarkan, rujuk iklan penuh berikut:
Pengambilan Personel MySTEP dari pelbagai jabatan dan syarikat mungkin dikeluarkan dalam tempoh yang berbeza. Walaubagaimanapun, anda boleh semak jawatan yang ditawarkan dari masa ke semasa melalui laman kerjaya.co dan graduan.co. Kerja kosong harian dan juga jawatan personel MySTEP akan dikemaskini setiap hari.
Buat graduan dan penganggur di luar sana, jangan lepaskan peluang yang disediakan ini, mohon sekarang!