Majikan Tidak Boleh Memotong Gaji Pekerja Yang Pergi Mengundi, Perlu Berikan “Time-Off”

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 telah ditetapkan pada Sabtu, 19 November 2022, manakala undi pos bagi mereka yang layak telah ditetapkan pada Selasa 15 November 2022. Hak ini diperuntukkan di bawah subseksyen 25 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia menggesa semua majikan dalam sektor swasta untuk memberikan kebenaran kepada para pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelepasan pekerja untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

KEBENARAN PEKERJA PERGI MENGUNDI

Kementerian Sumber Manusia menggesa semua majikan dalam sektor swasta untuk memberikan kebenaran kepada para pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

Pemberian “Time Off” Hari Pelepasan Berganti Atau Cuti Tahunan

Bagi tujuan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, para majikan hendaklah berbincang dengan pihak pekerja berkenaan dengan opsyen berikut:

  • Memberi “Time-Off” kepada pekerja
  • Hari pelepasan berganti
  • Cuti tahunan

Para majikan boleh mengambil langkah-langkah seperti memberi “time-off” kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

Bagi pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahunan.

MAJIKAN TIDAK DIBENARKAN AMBIL TINDAKAN

Bagi pekerja yang TIDAK HADIR bekerja kerana mengundi, majikan:

  • Tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang penalti
  • Memotong gaji pekerja

Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah subseksyen 25 (1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau dipenjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma