Permohonan Bantuan Keperluan Pek Prihatin YIDE Untuk Individu Yang Terjejas Akibat PKP 3.0
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ingin membantu semua rakyat di Selangor yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan PKP 3.0 dengan menyalurkan bantuan keperluan Pek Prihatin YIDE. Individu yang terjejas boleh buat permohonan yang dibuka melalui pautan yang disediakan.
Yayasan Islam Darul Ehsan akan membuka kaunter serahan bantuan di lokasi yang ditetapkan mengikut tarikh yang akan dimaklumkan kepada penerima.
Ikut perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan yang ditawarkan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bantuan keperluan Pek Prihatin YIDE kini dibuka sehingga:
- Tarikh tutup: 14 Jun 2021
GOLONGAN SASARAN
Pek Prihatin YIDE adalah mensasarkan permohonan dari golongan berikut:
- Individu yang terkesan akibat PKP 3.0
- Keluarga yang terkesan akibat PKP 3.0
BANTUAN PEK PRIHATIN YIDE
Pemohon yang layak akan menerima Pek Prihatin YIDE yang mengandungi barang keperluan seperti berikut:
- Susu
- Tepung
- Beras
- Minyak
- Gula
- Maggi
- Kicap
- Bihun
- Teh Lipton
Semua barang-barang tersebut akan diserahkan kepada mereka yang terkesan.
YIDE juga turut membuka peluang kepada orang ramai yang berinfaq barang keperluan asas untuk YIDE agihkan kepada golongan yang memerlukan boleh terus menghubungi:
- Talian hotline YIDE: 017 756 9476
CARA MOHON
Individu yang terkesan dan memerlukan bantuan barangan keperluan yang ditawarkan boleh buat permohonan dengan mengisi borang secara online di pautan berikut:
Pemohon perlu mengisi maklumat bagi tujuan jemputan melalui blast sms berdasarkan tarikh dan tempat yang akan dimaklum kelak.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Pek Prihatin YIDE, anda boleh hubungi talian 017 756 9476.