Iklan Jawatan Kosong Pegawai Pendaftaran KP14 JPN Di Seluruh Negara

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan Jawatan sebagai Pegawai Pendaftaran Gred KP14.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) amat menggalakkan calon yang berkelayakan untuk mohon jawatan yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Lokasi Kekosongan: Seluruh Negara
  • Tarikh Tutup Permohonan: 18 Oktober 2020

SYARAT KELAYAKAN

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

Syarat Lantikan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki:
    – Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
    – ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau
    – Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS

Menjadi sumber rujukan kepada mana-mana urusan berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:

Urusan Kad Pengenalan

  • kad pengenalan;
  • pindaan butiran kad pengenalan; dan
  • pengurusan rekod/daftar kad pengenalan.

Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat

  • kelahiran;
  • kematian;
  • anak angkat; dan
  • pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat.

Urusan Kewarganegaraan

  • kewarganegaraan;
  • perlucutan kewarganegaraan;
  • perlepashakan kewarganegaraan; dan
  • pengurusan rekod kewarganegaraan.

Urusan Perkahwinan dan Perceraian

  • perkahwinan;
  • tribunal perkahwinan;
  • perceraian;
  • pindaan butiran perkahwinan dan perceraian; dan
  • pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian.

Urusan Siasatan dan Penguatkuasaan

  • penyiasatan;
  • pendakwaan;
  • perisikan;
  • operasi; dan
  • sistem kawalan keselamatan.

CARA MOHON

Permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan boleh dilakukan di Portal Rasmi SPA. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat dan membuat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 18 Oktober 2020 (Ahad) jam 11.59 malam. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

KLIK UNTUK MOHON

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Pendaftaran KP14 JPN Di Seluruh Negara

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma